Tidak Pernah Bawa Lelaki Asing Pulang Ke Rumah
Gosip liar yang makin panas dengan dakwaan bahawa Adira sering membawa lelaki pulang ke rumah, sedikit sebanyak menimbulkan rasa gusar dalam hati gadis comel ini.
“Saya mempunyai keluarga yang besar, ada 4 kakak dan 3 orang abang, saya merupakan anak paling bongsu. 3 orang kakak & seorang abang tinggal bersama-sama, mungkin sebab itu’lah orang sangkakan bahawa saya bawa lelaki pulang ke rumah, ” ujar Adira.
“Cuba bayangkan, kadang-kala ada juga saudara yang datang mengunjungi rumah saya, takkan’lah saya nak kenal’kan setiap ahli keluarga saya kepada umum? Jadi, dakwaan bahawa saya bawa lelaki pulang ke rumah memang tak betul. Memang tak logik sebab ramai ahli keluarga saya yang turut berada di rumah. Saya harap orang di luar sana tidak salah faham lagi,” kata Adira dengan pandangan mata yang menawan, oh!
“Saya rasa kasihan dengan lelaki yang dikaitkan dengan gosip tak betul ini, sebab antara kami memang tiada apa-apa,” sambung Adira lagi.
Boyfriend Banyak, Special Tiada
“Saya memang ada ramai boyfriend, tetapi yang special tiada. Pada saya, kawan adalah kawan. Saya ingin menumpukan perhatian dalam kerjaya, lagi pun saya orang baru dalam industri nyanyian. Saya juga ingin menyambung pelajaran selepas stabil dalam bidang ini. Buat masa sekarang, jadual saya amat penuh, mana ada masa nak cari special boyfriend, bang” balas Adira sambila ketawa.
Jujurnya, saya memang single. Ehem!
Hadapi Kontroversi, Dapat Sokongan Peminat
“Bila menghadapi kontroversi seperti ini, saya mendapat sokongan daripada family, management & peminat terutamanya Adira AF8 Fan Club. Masing-masing tahu perjalanan seni saya, mungkin orang di luar sana yang tiada motif sengaja membangkitkan hal ini,” kata Adira.
Gugup Berjaya Ke Final
“Terus-terang, saya rasa gembira apabila pertama kali dicalonkan ke AJL 25. Namun, ada juga rasa nervous & gugup sebab ramai yang otai-otai seperti, Faizal Tahir. Namun, pengalaman ini akan saya timba dengan mengambil kira cara mereka membuat persembahan, serta saya ingin mengeratkan hubungan silaturrahim dengan penyanyi lain.” Adira membalas dengan riak muka ceria.
Memang saya appreciate sangat, terutamanya Fan Club yang gigih membantu mempromosikan kareer saya. Terima kasih banyak-banyak!
Facebook Dekati Peminat
“Setiap persembahan, dan perkembangan kareer akan saya update di FanPage Adira AF8. Saya lebih senang menggunakan Facebook untuk dekati peminat, namun masih belum lagi bersedia menggunakan Twitter. Macam mana nak guna twitter, saya tak sempat nak online pun,” balas Adira apabila kami menyuruh dia menggunakan Twitter.
Lagi pun seperti yang saya katakan tadi, jadual saya agak padat. Namun itu bukan bermaksud bahawa saya mengenepikan sesiapa. Mungkin, satu hari nanti saya akan cuba menggunakan Twitter pula.
Demam, Masih Gigih Hadiri Majlis
“Saya sedang dilanda demam, muka pun pucat. Siang tadi saya hadiri aktiviti Gempak Astro, petang pula ke sidang media AJL 25. Namun, saya tetap datang untuk menjayakan aktiviti-aktiviti anjuran media,” balas Adira.
Kata akhir, doakan saya sihat ya!
Memang betul pun, OHBULAN! tengok wajah Adira agak letih, tak bermaya. Namun, Adira masih melayan kami dengan penuh senyuman, dan sempat dirakam beberapa gambar sebagai hadiah buat peminat.
No comments:
Post a Comment