KUALA LUMPUR: Lebuhraya SMART mengumumkan diskaun 20 sen kadar tolnya kepada semua kenderaan sempena sambutan Krismas pada Sabtu.
Pengurus Besar (Operasi) Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd (SMART) Mohd Fuad Kamal Ariffin berkata diskaun tol itu akan bermula pada pukul 12.01 tengah malam Sabtu hingga pukul 11.59 malam hari berkenaan.
Katanya diskaun yang diberikan itu amat sesuai bagi warga Kuala Lumpur, terutamanya ibu bapa untuk keluar membeli-belah di pusat bandar, mempersiapkan keperluan sekolah anak-anak tahun depan. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment