Thursday, December 23, 2010

Siapa Paling Layak Jadi Pengetua AF9?

22 DIS 2010: Sejak Murai Batu uar-uarkan tentang kewujudkan Akademi Fantasia Musim Ke-9 (AF9) yang bakal menjadi musim terakhir untuk program realiti hiburan terbitan Astro yang paling popular di negara ini, bermacam-macam pertanyaan yang singgah ke telinga Murai Batu.

Misalnya, siapa barisan tenaga pengajarnya nanti? Sebabnya, katanya barisan tenaga pengajar yang bakal mendidik pelajar-pelajar AF9 nanti adalah dari kalangan wajah-wajah baru. Jadi, sudah tentu ramai yang tertanya-tanya, siapakah mereka ini?

Pun begitu, pertanyaan paling hot yang Murai Batu terima ialah siapakah pula pengetuanya? Adakah ia bakal dikemudikan oleh orang yang sama? Atau, pun orang yang baru juga?

Beberapa blog dalam forum gosip di dalam internet telah pun membuat beberapa telahan dengan menyebut beberapa nama pengetua yang dilihat cukup berpotensi untuk mengemudi AF9 nanti? Adakah telahan mereka ini tepat dan benar?

Sukar sebenarnya untuk Murai Batu untuk kata apa-apa sebab pihak produksi sebenarnya masih lagi berteka-teki dan masih mecari-cari, candidate yang bersesuaian.

Ada yang mahukan Ramli MS atau Datin Seri Tiara Jacquelina untuk kembali semula mengemudi AF pada musim yang baru ini. Tapi, adakah mereka mempunyai masa untuk melakukannya.

Sebabnya, mengemudi program realiti seperti AF secara luaran dilihat mungkin nampak senang dengan ada bantuan pihak produksi serta barisan tewnaga pengajar yang lain.

Namun, hakikatnya ialah bukan satu tugas yang mudah kerana tanggungjawabnnya cukup besar sekali. Malah, ia memerlukan tumpuan serta komitmen yang tidak berbelah bahagi.


Ada juga yang menyarankan vokalis Wings, Awie, Aishah serta Datuk Sheila Majid untuk mengemudi AF9 nanti? Apa pendapat korang semua? Atau korang ada calon yang lain?

No comments:

Post a Comment