Pertemuan dengan wajah cantik pemegang takhta Dewi Remaja 2010 memang tidak disangkakan, tanpa bertemu secara 4 mata, kami berjaya mendapatkan temubual eksklusif dengan Neelofa, secara BBM.
Neelofa, nama’nya kian meniti di bibir peminat sebagai salah seorang selebriti pelapis yang akan memenuhi kaca mata tv, mahu pun layar perak dalam masa terdekat. Baru berumur sekitar 21, gadis muda berdarah Pakistan ini sedang menyambungkan pelajaran’nya di Sunway College, dalam jurusan Double Major In International Trade & Marketing.
Kontroversi gambar seksi, dan arak.
Gambar Lofa bersama sekumpulan lelaki itu merupakan gambar lama, waktu itu umur Lofa 19 tahun, bertugas ketika pelancaran kereta Peugeout 308. Air tersebut memang wine, namun percaya’lah, Lofa tidak mengambil minuman tersebut. Cuma, ketika itu, Lofa diajak untuk bergambar bersama mereka ketika melintasi meja tersebut. Lofa tidak sangka gambar tersebut menjadi isu, walaupun Lofa hanya berada berdekatan dengan mereka. Lofa akan lebih berwaspada selepas ini.
Manakala, gambar seksi itu memang salah Lofa. Waktu dulu-dulu, Lofa tidak pernah terfikir jauh untuk muncul dalam bidang hiburan. Jadi, ketika gambar photoshoot tersebut keluar di media, Lofa agak terkejut. Nasib baik, Lofa mempunyai keluarga yang sangat besar, dan ramai yang memberikan sokongan kepada Lofa.
Lofa anggap, itu semua pengajaran buat diri ini, mungkin ada hikmah di sebalik’nya. Rujuk artikel(Gambar) Neelofa Finalis Dewi Remaja 2010, Wine Atau Air Epal?
Juri lebih arif dengan status Dewi Remaja
Kami ada bertanya mengenai usul cerita orang yang tidak berpuas hati dengan kemenangan Neelofa sebagai juara Dewi Remaja 2010.
“Lofa berpendapat, kesemua peserta memang layak digelar Dewi Remaja. Namun, untuk menentukan sama ada seseorang layak atau tidak, itu terpulang kepada juri. Juri lebih arif dengan kriteria seorang Dewi Remaja, Lofa harap orang di luar sana tidak berfikir sebaliknya, dan memberikan sokongan kepada Lofa untuk terus maju,” balas Lofa.
Bakal membintangi filem Aziz M Osman
Sejak dinobatkan sebagai Dewi Remaja, Lofa mendapat tawaran yang tidak putus-putus daripada pelbagai pihak. Yang terbaru, Lofa akan membintangi filem arahan Aziz M Osman berjudul Azura. Lofa akan memegang watak sebagai Azura, heroin filem tersebut.
Filem Azura, merupakan remake daripada lakonan Jamal Abdillah & Ogy Ahmad Daud, namun arahan Aziz M Osman akan memberikan nafas baru kepada filem tersebut. Kalau tiada aral melintang, proses rakaman akan dimulakan sekitar Januari 2011.
Lofa agak takut juga, kerana tidak biasa dengan dunia lakonan. Dulu pernah’lah berlakon sikit-sikit, namun Abang Long (panggilan kepada Aziz M Osman) berjanji akan mengajar & membimbing Lofa dengan skil lakonan. Dari situ, Lofa ada keyakinan untuk mencuba.
Beauty with the brain
Lofa dimasukkan ke MRSM Langkawi sejak dari Form 1 – 5. Lofa bersyukur kerana sudah memberikan apa yang keluarga impikan selama ini sepanjang berada di MRSM.
Walaupun kini Lofa sudah berumur 21 tahun, Lofa ada curfew sampai pukul 7 malam. Itu pun, kalau ada photoshoot atau event, baru Lofa dibenarkan balik lebih lewat daripada waktu tersebut. Kalau nak tahu, bapa Lofa sangat garang, biasa’lah darah Pakistan.
“Malah, kalau Lofa nak kemana-mana ketika ibu bapa tiada, Lofa akan ditemani oleh kakak,” ujar Lofa apabila kami mengajak dia berjumpa di TTDI.
Sudah berpunya, harapan’lah korang! :-p
Secara jujur, Lofa sudah mempunyai seseorang sejak 2 tahun lepas. Lofa lebih suka jujur untuk bercakap soal cinta, sebab bagi Lofa, kalau nak sorok-sorok, baik jangan bercinta.
Rahsia wajah kekal cantik, gebu
Ha ha, kalau Lofa cakap, mesti korang kata Lofa menipu. Sebenarnya, Lofa hanya gunakan produk T3 sebagai pencuci muka. Selain itu, Lofa kerap meminum air herba untuk menjaga kesihatan badan.
Sewaktu di Dewi Remaja, ada 5-6 set produk facial yang Lofa terima, tapi satu pun tak dibuka lagi. Lofa kena mencuba produk mana yang lebih sesuai dengan kulit muka terlebih dahulu.
Mendekati Neelofa – kata kami!
Untuk yang meminati Neelofa, sampai angau 3 hari 3 malam boleh berhubung secara terus melaluiTwitter Neelofa, atau Facebook Neelofa. Nak BB pin, tak dapat’lah jep!
Kepada yang ingin menghantar hadiah birthday, catatkan 10 Februari sebagai tarikh penting untuk anda sambut.
No comments:
Post a Comment