Thursday, December 23, 2010

Zulkifli Dipercayai Berada Di Selatan Filipina

KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia yang dikehendaki Polis Antarabangsa (Interpol) kerana kaitan dengan rangkaian pengganas antarabangsa dipercayai bersembunyi di Selatan Filipina.
Sumber polis berkata Zulkifli Abdhir, 44, melarikan diri ke negara itu sejak tahun 2002 sejurus selepas kejadian pengeboman di Bali yang telah meragut nyawa 110 rakyat Australia.
"Zulkifli memang merupakan salah eorang pengganas yang diburu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dipercayai terlibat dalam pengeboman itu," katanya.
Beliau berkata Zulkifli tidak dapat dikesan sehingga sekarang kerana dipercayai disembunyikan oleh kumpulan pengganas yang berada di sana.
"Kenyataan daripada isteri serta ahli keluarganya juga telah lama diperolehi dan kita masih lagi memburunya," katanya.
Sebuah akhbar melaporkan Zulkifli yang berasal dari Muar, Johor dikehendaki di Amerika Syarikat selepas disyaki terlibat dalam kegiatan subversif termasuk merancang beberapa siri keganasan di lokasi tidak dinyatakan dan waran tangkap ke atasnya dikeluarkan di San Jose, California baru-baru ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment