Thursday, December 23, 2010

Farah AF2 Bakal Bertunang Dengan Ahli Perniagaan Bulan Ini


farahaf2 Farah AF2 Bakal Bertunang Dengan Ahli Perniagaan Bulan Ini
Sedikit cerita ringan untuk berkongsi kegembiraan kami bersama penyanyi yang pernah popular dengan lagu Tangisan Dalam Kerinduan, Farah AF2 dikatakan akan bertunang pada 25 Disember 2010 bersama seorang ahli perniagaan berumur lingkungan lewat 20-an.
Sabtu ini, Farah AF2 akan menerima kunjungan pinangan belah lelaki di rumahnya, Kedah. Farah yang kini selesa dengan imej bertudung berkata bahawa dia tidak pernah rasa tersisih dalam dunia seni walaupun berimej baru. Lagipun, dia tiada masalah dengan imej ini kerana sebelum ini tidak pernah melampau seksi dengan pakaian terdedah-dedah.
Farah AF2 bakal menamatkan zaman bujang pada pertengahan tahun depan. Di sebalik kisah cerai artis, ada juga kisah gembira Farah, tahniah kami ucapkan.

No comments:

Post a Comment