Wednesday, December 22, 2010

127,946 pelajar disuntik HPV



KUALA LUMPUR - Seramai 129,207 atau 91.2 peratus daripada 141,684 pelajar wanita tingkatan satu di seluruh negara telah mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa untuk menerima suntikan percuma pelalian Human Papilloma Virus (HPV).
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid (gambar) berkata, statistik pada 13 Disember lalu itu melibatkan pelajar berumur 13 tahun yang berdaftar pada tahun ini.
"Bagi dos pertama, suntikan telah diberi kepada 127,946 atau sebanyak 90.31 peratus pelajar manakala 125,471 atau 88.56 peratus telah menerima suntikan dos kedua," katanya kepada Kosmo! semalam.

No comments:

Post a Comment