Setiap daripada kita mungkin pernah menghadapi kemalangan di jalan raya. Apabila ini berlaku, ia melibatkan pelbagai perkara yang berkaitan dengan kecederaan diri, kerosakan kenderaan sendiri, kenderaan pihak ketiga dan sebagainya. Di sini, diberikan panduan apabila berhadapan dengan kemalangan jalan raya.
Di tempat kemalangan
Dapatkan butir-butir penting daripada pihak atau pihak-pihak lain yang terlibat di dalam kemalangan tersebut seperti :
1- maklumat kenderaan seperti nombor pendaftaran kenderaan yang terbabit, tahun dibuat dan model kenderaan.
2- maklumat pemandu terlibat seperti nama, alamat nombor telefon pejabat, nombor kad pengenalan, nombor lesen memandu dan alamat kediamannya.
3- nama pihak insurans yang mewakili mereka.
2- maklumat pemandu terlibat seperti nama, alamat nombor telefon pejabat, nombor kad pengenalan, nombor lesen memandu dan alamat kediamannya.
3- nama pihak insurans yang mewakili mereka.
Berurusan di BAlai Polis
1- Jika tidak terdapat pegawai polis yang bertugas di tempat kemalangan, buat laporan polis tentang kemalangan tersebut dalam tempoh 24 jam kemalangan berlaku di balai polis yang berhampiran.
2- Jelaskan keadaan kemalangan berlaku dan menulis laporan polis menggunakan bahasa Melayu. Sekiranya anda tidak fasih dan tidak mahir menulis di dalam bahasa Melayu, seorang pegawai polis akan membantu anda untuk menulis laporan tersebut. Setelah selesai, anda akan diminta menurunkan tandatangan di bahagian bawah laporan tersebut.
Simpan satu salinan laporan polis yang telah disahkan benar.
Berurusan dengan Pihak Insurans
1- Baca polisi insurans anda dengan berhati-hati dan laporkan kemalangan yang berlaku kepada pihak insurans secepat mungkin atau dalam tempoh yang telah ditetapkan di dalam polisi insurans tersebut. Sebarang kelewatan memfailkan tuntutan mungkin akan menghapuskan hak anda untuk mendapatkan wang pampasan.
3- Pastikan kenderaan diselenggarakan oleh pihak bengkel yang bertanggungjawab. Kerosakan yang dialami oleh kenderaan akan dinilai oleh seorang pemeriksa/penilai daripada pihak insurans.
5- Hubungi secara bertulis pihak insurans yang mewakili pemandu tersebut, menyatakan bahawa anda telah terlibat di dalam kemalangan dan mahu memfailkan tuntutan terhadapnya. Seorang pemeriksa/penilai berkemungkinan besar akan menghubungi anda dan menawarkan untuk menyelesaikan tuntutan khidmat kerosakan kenderaan dan kecederaan peribadi anda. Sesetengah pihak insurans mungkin akan mengenepikan tuntutan dan menolak tuntutan untuk memberikan pertolongan kepada anda. Sekiranya perkara ini terjadi, anda berkemungkinan memerlukan khidmat nasihat peguamcara.
Jangan cuba lakukan
1- Mengaku bersalah atau berunding dengan pihak ketiga.
3- Meninggalkan kereta tanpa mengambil langkah-langkah munasabah bagi memastikan keselamatan kereta anda setelah berlaku kerosakan.
4- Memandu kereta anda sebelum pembaikan disempurnakan;
6- Menghantar kereta anda ke bengkel yang bukan panel bengkel yang dibenarkan oleh penanggung insurans.
No comments:
Post a Comment