Friday, December 10, 2010

Didik anak kenali golongan gila seks

 Ibu bapa perlu meluangkan masa dan mendidik anak masing-masing secara langsung untuk mengenali jenis layanan serta sentuhan yang tidak sepatutnya diterima daripada orang lain, sekali gus melindungi anak mereka daripada menjadi mangsa cabul.

Pakar Perunding Pediatrik Klinik Pakar Kanak-Kanak Junina, Mutiara Damansara, Dr Yong Junina Fadzil berkata, ibu bapa perlu memberi didikan seks terhadap anak-anak tetapi lebih kepada cara untuk pencegahan dan menghindari mereka daripada terbabit atau menjadi mangsa golongan gila seks yang mensasarkan kanak-kanak.

Beliau berkata, ibu bapa perlu mendidik anak supaya tidak berkawan dengan orang tidak dikenali selain mengamalkan sikap berterus-terang dalam keluarga supaya anak merujuk kepada mereka jika mengenali sesiapa.

"Mengikut undang-undang, kanak-kanak di bawah usia 16 tahun tidak boleh terbabit dalam hubungan seksual dan jika ia berlaku maka pelakunya dianggap salah walaupun suka sama suka kerana kanak-kanak pada peringkat usia itu masih belum dapat berfikir dengan waras atau membuat keputusan yang baik dalam hidup mereka.

"Dari segi perubatan pula, kanak-kanak ini berisiko tinggi terdedah kepada jangkitan seksual selain belum bersedia sepenuhnya dari segi mental untuk berhadapan dengan hubungan kelamin dan kesannya," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, antara kesan jangka panjang apabila kanak-kanak terdedah kepada hubungan seksual pada usia muda adalah mereka kemungkinan hilang kepercayaan kepada orang lebih tua.

No comments:

Post a Comment