Monday, December 13, 2010

Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah Kutip RM 1 Juta Pada Hari Pertama Tayangan

KUALA LUMPUR: Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid mencatat kejayaan membanggakan apabila memperoleh kutipan hampir RM1.2 juta selepas dua hari ditayangkan di 48 pawagam di seluruh negara.

Penerbit Eksekutif Tayangan Unggul Sdn Bhd, Gayatri Su-Lin Pillai, berkata filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang bergenre komedi romantik ada kekuatan tersendiri hingga berjaya menarik penonton yang ramai sejak hari pertama tayangan, Khamis lalu.

“Selain sarat dengan kritikan sosial, filem Hantu Kak Limah Balik Rumah turut menyindir budaya orang Melayu yang percaya dengan cerita tahyul. Bagaimanapun, saya yakin kekuatan utama filem ini adalah garapan Mamat Khalid selain bintang utamanya, Awie.
“Filem Hantu Kak Limah Limah Balik Rumah mendapat kutipan RM330,000 pada hari pertama tayangan Khamis lalu. Kutipan filem ini meningkat pada hari kedua iaitu lebih RM800,000 menjadikan jumlah kutipan hampir RM1.2 juta dalam tempoh dua hari di pawagam.

“Kami menjangka filem ini akan mencapai kutipan melebihi RM4 juta,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu, semalam.

Gayatri berkata, filem Hantu Kak Limah Balik Rumah adalah karya keempat Mamat Khalid bersama Tayangan Unggul Sdn Bhd selepas Man Laksa, Kala Malam Bulan Mengambang dan Zombie Kampung Pisang.

Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd adalah sekuel filem Zombie Kampung Pisang yang sebelum ini mendapat kutipan RM2.8 juta. Ia dibintangi pelakon handalan seperti Awie, Johan Raja Lawak, Ummi Nazeera, Shy8, Avaa Vanja, Delimawati, Zami Ismail, Pekin dan Sofi Jikan.

No comments:

Post a Comment