Monday, December 13, 2010

Iz Bakal Lancar Album Studio, Gemini & Lelaki Paling Disenangi

ChanelJ12WatchHermesRingHermesScarfCalvinKleinTopFerragamoSunniesBangOlufsenEarphones (Xklusif In HD) Iz Bakal Lancar Album Studio, Gemini & Lelaki Paling Disenangi
Iz, merupakan bekas peserta OIAM kini mengorak langkah sebagai penyanyi sepenuh masa dengan pelancaran album studio berjudul Gemini pada 2011, 5 lagu Melayu/5 lagu English. Di awal kemunculan, Iz memberitahu kami bahawa dia pernah melancarkan sebuah EP berjudul Gonna Bе Alright pada tahun 2008 edaran Sony Malaysia. Walaupun hanya menduduki tempat ke-9, Iz merupakan peserta pertama yang diberikan kepercayaan untuk melancarkan EP tersebut.
Pada 11 Disember 2010, malam Sabtu lepas, Iz berpeluang membuka pentas konsert popstar Korea, Wonder Girls sebagai artis jemputan di Area οf Stars Genting. Sebelum itu, Iz bersama Mizz Nina juga dijemput sebagai artis jemputan ketika berlangsungnya konsert Usher Live In Malaysia, tempoh hari. Platform ini digunakan sebaik mungkin oleh Iz untuk menonjolkan bakatnya selain mendapat publisiti yang lebih meluas.
Antara projek terbaru, Iz akan terbang ke Tokyo, Jepun dalam minggu ini untuk berbincang dengan beberapa produser berbangsa Korea berkenaan muzik video untuk album terbarunya.
Jejaka kacak lingkungan 20-аn ini baru sahaja dinobatkan sebagai salah seorang daripada 10 Lelaki Yang Paling Disenangi 2010 dalam majlis anugerah anjuran majalah EH! baru-baru ini. Sedikit video footage persembahan Iz ketika majlis tersebut berlangsung untuk dikongsi bersama. Ada juga gambar studio bersaiz wallpaper yang lebih wow! untuk gadis di luar sana selepas ini, jangan lupa katakan hi kepada Iz di Twitter & Facebook.
ValentinoTopYohjiYamamotoY3ScarfBalenciagaBeltHermesRingTopshopJeans (Xklusif In HD) Iz Bakal Lancar Album Studio, Gemini & Lelaki Paling Disenangi

IZ (Xklusif In HD) Iz Bakal Lancar Album Studio, Gemini & Lelaki Paling Disenangi

No comments:

Post a Comment