Malam kelmarin, berlangsungnya final rancangan realiti Mari Menari yang menampilkan Awal Ashaari & Lisa Surihani sebagai hos rancangan. Pasangan Razif, dinobatkan sebagai juara Mari Menari musim pertama dengan membawa pulang hadiah berupa sebuah kondominium bernilai RM350,000 bertempat di Ipoh, Perak.
Pernah beberapa kali mendapat perfect 10 daripada juri, pasangan Razif mendapat tentangan yang hebat daripada pasangan Ariz, dimana kedua-dua pasangan telah diuji dengan gerak tari Latin. Kemenangan pasanga Razif memang dijangkakan kerana komitmen mereka sepanjang rancangan ini berlangsung amat tinggi. Apakan tidak, segala skill lompat, pusing semuanya dipraktikkan oleh pasangan yang baru berkahwin 7 bulan ini. Kami yang tengok pun, rasa gerun & berdebar-debar juga.
No comments:
Post a Comment