Monday, December 20, 2010

Kaki parah digigit beruang

OSMAN menunjukkan kaki kanannya yang menerima jahitan setelah cedera diserang beruang di Jeli kelmarin.

JELI – Seorang penoreh getah tidak dapat melupakan saat nyawa mungkin melayang apabila diserang seekor beruang betina dipercayai bunting ketika dia menyemai anak getah di kebunnya di Kampung Kuala Balah di sini kira-kira pukul 4 petang kelmarin.
Serangan ganas dipercayai beruang jenis Matahari setinggi 2 meter itu yang tiba-tiba muncul dari arah semak berdekatan mengakibatkan kaki kanan Osman Salleh, 35, luka sedalam empat sentimeter dan menerima 11 jahitan.
Dia juga tidak dapat melupakan saat ngerinya terpaksa bertarung menyelamatkan nyawanya setelah dihempap haiwan seberat 50 kilogram itu sedangkan dia hanya bersenjatakan parang tumpul.
“Saya sedang menyemai anak getah, tiba-tiba beruang itu muncul dari kawasan semak dan terus menerkam menyebabkan saya terjatuh dan berlaku pergelutan.
“Selepas beberapa minit bergelut, saya tiba-tiba mendapat semangat untuk melepaskan diri setelah beruang itu menggigit kaki kanan saya.
“Saya terus capai parang di pinggang dan dapat menetak kepala beruang tersebut berkali-kali menyebabkan ia melarikan diri.
“Nasib saya baik kerana beruang itu merasa sakit walaupun tetakan itu tidak mencederakannya sebab parang saya tumpul,” ceritanya ketika ditemui di Hospital Tanah Merah dekat sini semalam.

No comments:

Post a Comment