Monday, December 13, 2010

MM Nita Kecewa Tersingkir Di Minggu Akhir

KUALA LUMPUR, 13 DIS 2010: Ketinggalan 1 peratus dengan pasangan Fahmi, satu-satunya pasangan adik beradik dalam Mari Menari (MM), MM Nita terpaksa akur setelah nama mereka disebut Awal Ashaari dalam Penentuan MM sebagai pasangan yang terakhir tersingkir sebelum menjelang final MM minggu depan.
Pun begitu, pasangan ini kecewa dengan menganggap keputusan penyingkiran mereka seperti dirancang dari awal lagi.
"Saya kecewa bercampur gembira. Sebab gembira kerana kami sudah pun diberi peluang pihak Astro untuk menghiburkan penonton. Manakala punca kekecewaan kami disebabkan perbezaan hanya satu mata dengan pasangan Fahmi.
"Jika beza markah banyak tu tak adalah sampai kecewa sangat. Saya merasakan penyingkiran kami bukanlah disebabkan persembahan kami. Saya merasakan video koreografer yang tidak mahu memilih kami yang ditonjolkan dalam langkah MM antara faktor kami tersingkir.
"Dalam video berkenaan, semua koreografer tak mahukan kami. Jadi, dengan kekerapan ulangan di kaca TV, ia sedikit sebanyak mempengaruhi orang tentang kami. Lagi pula, setiap minggu, kami asyik dilabelkan sebagai pasangan yang tidak ada keserasian," kata Fazly mewakili kakaknya Nita.
Menyokong pendapat adiknya, Nita turut memberitahu bukan mereka saja yang menghadapi masalah tidak serasi.
"Sebenarnya, ada juga pasangan yang lain bergaduh di belakang stage. Tapi benda ni semua tak ditonjolkan. Seperti adik saya katakan tadi, semua orang bergaduh dan kami bergaduh atau bertengkar hanya kerana salah step tanpa ada sebab lain.
"Perkara sebegini menghantui kami. Ia juga memberikan impak dan kesan yang mendalam kepada kami. Terus-terang, kami ada rasa penyingkiran kami seperti dirancang. Perasaan ini bukan lahir dari Nita saja. Kawan-kawan dan kenalan Nita sendiri ada menyatakan pandangan sama dengan Nita.
"Apa yang Nita harapkan hanyalah peserta yang berjaya ke final ini buat yang terbaik. Nita tahu mereka adalah 4 pasangan yang terbagus sekali. Biarlah markah yang diberikan dinilai dengan betul sekali, " jelas Nita.
Di tanya siapakah peserta pilihan mereka, masing-masing mempunyai jawapan yang sama iaitu tiada pilihan.
"Saya tak ada pilihan langsung untuk menang MM. Siapa yang bakal menang terserah kepada pilihan penonton. Kakak saya pun tak boleh nak agak. Masing-masing sama hebat," ujar Fazly.
Berikut adalah peratus undian minggu ini.
1. MM Raziff-61%
2. MM Ariz-59%
3. MM Zul-54%
4. MM Fahmi-50%
5. MM Nita-49%

No comments:

Post a Comment