Ribuan rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup yang tidak sihat sejak kecil lagi. Ini membahayakan jantung sepanjang hayat mereka. Sesetengah kanak-kanak memulakan hidup mereka dengan memakan makanan berlebihan, menggemari makanan-makanan yang mengandungi kolestrol dan kaloro tinggi serta tidak melakukan senaman yang mencukupi (contohnya kerap menonton televisyen). Tabiat menghisap rokok selalunya bermula sejak belasan tahun. Lebih-lebih lagi jika ibubapa mereka juga menghisap rokok.
Mengurangkan faktor-faktor risiko dengan mengamalkan hidup sihat dapat mengelakkan daripada berlakunya serangan jantung dan strok. Setidak-tidaknya ia memberikan kesihatan yang baik, kecerdasan fizikal dan manfaat kepada setiap ahlikeluarga.
Kanak-kanak akan merasai faedah maksimum dengan mempelajari tabiat amalan hidup sihat di peringkat awal hidup mereka
Berikut adalah lima cara hidup sihat yang boleh diamalkan dan dikekalkan:-
- JAUHI DARIPADA MEROKOK:- Penghisap rokok boleh mengalami berbagai penyakit. Kemungkinan maut daripada penyakit-penyakit tersebut lebih daripada orang yang tidak merokok dan mereka juga mengalami dua kali ganda risiko serangan jantung dan empat kali ganda kematian mengejut. Tidak sia-sia seseorang itu berhenti merokok. Risiko penyakit jantung akan terus berkurangan dan selepas beberapa tahun kadar kematian mereka akan menjadi rendah seperti orang yang tidak pernah merokok. Orang yang mula merokok semenjak muda merbahayakan diri mereka lebih daripada orang lain. Banyak faktor yang mempengaruhi remaja untuk merokok. Sama ada mereka terpengaruh atau tidak terpulanglah kepada teladan yang ditujukkan oleh ibu bapa. Menyedut asap rokok dari persekitaran (perokok pasif) telah dikaitkan dengan penambahan risiko penyakit-penyakit berkaitan dengan merokok. Bangunan-bangunan awam, hospital, restoran dan tempat perniagaan telah melaksanakan polisi larangan merokok. Langkah-langkah ini memberikan kesedaran kepada pelanggan dan kakitangan di tempat-tempat berkenaan mengenai bahaya merokok sama ada secara aktif atau pasif. Usaha-usaha yang berterusan seperti ini di peringkat kesihatan awam akan mengurangkan kadar kematian dan hilang upaya akibat merokok.
- MENGAWAL TEKANAN DARAH TINGGI : Darah tinggi yang tidak dikawal boleh meninggikan risiko penyakit jantung. Darah tinggi yang tidak dirawat akan menjadi masalah besar dan boleh menyebabkan kerosakan ateri jantung, buah pinggang dan organ-organ lain. Darah tinggi juga meningkatkan risiko serangan jantung, strok atau penyakit buah pinggang. Penyakit darah tinggi apabila ditambah pula dengan risiko-risiko lain seperti gemuk, merokok, kelestrol yang tinggi atau diabetes akan meningkatkan risiko penyakit jantung. Darah tinggi senang dikawal dan rawatannya termasuk mengawal makanan dan ubat-ubatan. Punca darah tinggi masih belum diketahui, inilah sebab utama anda perlu menjalani pemeriksaan doktor yang kerap. Bagi pesakit-pesakit darah tinggi, mereka boleh mengawal diri daripada ditimpa kesan-kesan mudarat.
- MENGURANGKAN LEMAK TEPU DAN KOLESTEROL DI DALAM MAKANAN : Kolesterol adalah bahan yang dikeluarkan oleh badan kita dan juga didapati di dalam makanan harian. Ia didapati dalam hasil daripada binatang dan paling tinggi di dalam kuning telur dan organ-organ. Aterosklerosis terjadi kerana mendapan kolesterol yang berlebihan di dinding dalam ateri-ateri yang menyebabkan salur darah menjadi sempit. Lemak tepu seperti dalam daging merah, mentega, keju, krim dan susu akan menyebabkan peningkatan aras kolesterol darah. Sebaliknya, makanan yang mempunyai lemak tidak tepu seperti minyak sayuran akan merendahkan aras kolesterol pada kebanyakan orang. Matlamat utama adalah untuk merendahkan kandungan lemak tepu dalam diet. Adalah sukar untuk mengelakkan daripada mengambil makanan tanpa lemak tepu kerana ia ada dalam kebanyakkan makanan seharian. Walau bagaimanapn kandungan lemak tepu dalam diet boleh dikurangkan dengan mengikuti panduan-panduan berikut :-
- Amalkan diet yang mengandungi ikan dan ayam yang dimasak setelah dibuang kulitnya. Jika memasak daging merah (lembu,babi, kambing), gunakan bahagian-bahagian tanpa lemak, buang lemak berlebihan dan hidang dalam kuantiti kecil
- Gunakan sedikit minyak sayuran dan majerin "polyunsaturater" seperti minyak jagung, kacang soya dan bunga matahari ketika memasak.
- Gunakan hasil susu tanpa lemak.
- Hadkan pengambilan kuning telur tidak lebih daripada 3 biji seminggu. Gunakan bahan-bahan lain (tanpa kolesterol) untuk menggantikannya.
- Gunakan kaedah memasak tanpa minyak seperti membakar, memanggang, merebus dan mengukus; elakkan menggoreng.
SELALU BERSENAM
Ada bukti menunjukkan kekurangan senaman menambahkan risiko serangan jantung. Senaman menguatkan otot, menggalakkan aliran darah, membantu ,mengelakkan daripada gemuk dan melahirkan perasaan sejahtera. Kadar kematian mangsa serangan jantung adalah lebih tinggi jika mangsa kurang bersenam.
Jangan memulakan senaman yang berat jika anda tidak pernah berbuat demikian. Ini mungkin dengan sendirinya menyebabkan serangan jantung. Mintalah nasihat doktor sebelum memulakan program senaman. Beliau mungkin menasihatkan anda supaya menjalani ujian senaman untuk menilai terlebih dahulu keupayaan fizikal anda.
Apabila mengambil bahagian di dalam sebarang program senaman jangan tergesa-gesa untuk meningkatkan aktiviti fizikal anda. Amalan yang baik patut dicontohi, misalnya janganlah menaiki kereta jika anda patut berjalan kaki. Jika doktor anda tidak melarang, ambillah bahagian di dalam sebarang aktiviti sukan yang anda gemari.
MENGAWAL BERAT BADAN ; KETAHUILAH KALORI MAKANAN ANDA.
Orang dewasa mencapai tahap berat badan normal pada lingkungan umur dua puluh hingga dua puluh lima tahun. Pada setiap tahun selepas itu keperluan kalori untuk menjaga berat badan berkurangan. Tetapi mereka yang berumur tiga puluh hingga empat puluhan biasanya masih memakan sebanyak mana yang mereka makan semasa berumur dua puluhan. Tambahan pula dengan kekurangan aktiviti-aktiviti fizikal, kalori berlebihan itu akan menjadi lemak.
Jangan hidup orang yang gemuk biasanya lebih pendek daripada orang berat badannya normal. Orang dewasa yang trlampau gemuk akan mengalami risiko serangan jantung 3 kali ganda lebih daripada orang sebaya yang berat badannya normal. Badan yang gemuk juga menambahkan risiko darah tinggi dan diabetes.
TIDAK ADA JALAN CEPAT DAN MUDAH UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN. Anda dinasihatkan jangan terlalu banyak pantang kerana ini akan mengurangkan nutrien penting yang anda perlukan. Walaupun pantang boleh mengurangkan berat badan. Ia tidak akan mewujudkan tabiat makan yang akan mengawal berat badan anda. Kalau anda ingin mengurangkan berat badan, maintlah nasaihat doktor terlebeh dahulu.
Penyakit jantung (penyakit koronari) tetap menjadi pembunuh utama di Malaysia. Banyak lagi boleh dilakukan untuk menyelamatkan nyawa orang-orang tersebut. Penurunan kadar kematian disebabkan penyakit koronari dalam tahun-tahun lalu adalah nyata. Beberapa faktor boleh dikaitkan dengan kekurangan ini seperti adanya ubat yang lebih efektif dan kurangnya risiko berpunca daripada amalan hidup sihat. Mengawal faktor risiko akan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan memulakan amalan hidup sihat sejak kecil lagi akan menghasilkan kesan yang maksimum.
No comments:
Post a Comment