Ingin menguji ketangkasan anda dan menangi hadiah wang tunai? Jika ya, anda mesti menyahut cabaran Yang Mana Satu, anjuran Mister Potato yang bakal bermula 13 Disember ini sehingga 9 Januari 2011.
Caranya mudah saja. Anda perlu daftarkan diri anda terlebih dahulu di Facebook Mister Potato. (Pendaftaran diperlukan meskipun anda sudah merupakan peminat fanpage Mister Potato)Pilih untuk menyertai pasukan Murai, kemudian anda perlu menjelajah Pulau Mister Potato dan menggali pada lokasi yang ditunjukkan.
Daripada lapan lokasi galian, tiga darinya akan membawa anda kepada tiga cabaran mini sementara satu lagi menjanjikan hadiah kejutan untuk anda.
Setiap cabaran mini akan mempunyai papan angkanya sendiri untuk para pemain memasukkan mata mereka sebaik tamatnya cabaran.
Untuk melayakkan diri bagi memenangi hadiah wang tunai yang ditawarkan, pemain mestilah melalui cabaran yang diberikan sekerap yang mungkin dan menggali di kesemua lokasi galian yang terdapat di peta harta karun.
Hadiah wang tunai yang ditawarkan akan diagihkan seperti berikut:
1. 10 pemain yang mendapat markah tertinggi dari pasukan yang MENANG sepanjang tempoh pertandingan akan menerima RM500 setiap seorang
2. Markah tertinggi untuk permainan mini 1 sepanjang tempoh pertandingan: RM300
3. Markah tertinggi untuk permainan mini 2 sepanjang tempoh pertandingan: RM300
4. Markah tertinggi untuk permainan mini 3 sepanjang tempoh pertandingan: RM300
5. Pemain paling aktif secara keseluruhan sepanjang tempoh pertandingan: RM300
6. Pemain dengan markah tertinggi secara keseluruhan sepanjang tempoh pertandingan: RM300
No comments:
Post a Comment