KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berada di Brunei Darussalam, Isnin bagi menyaksikan majlis memeterai Perjanjian Perkongsian Produksi (PSA) bagi Blok CA2 antara PetroleumBrunei dan PETRONAS Carigali.
Najib akan diiringi oleh Menteri Luar Datuk Anifah Aman, pegawai-pegawai kanan dari Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar dan Petronas.
Menurut kenyataan Kementerian Luar di sini malam Ahad, Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan Sultan Brunei di Istana Nurul Iman sebelum disusuli dengan majlis menandatangani PSA.
Najib akan menikmati jamuan tengah hari yang dihoskan oleh Sultan Brunei sebelum kembali ke Kuala Lumpur pada hari yang sama.
Kenyataan itu menyebut lawatan itu akan memberi peluang untuk kedua-dua pemimpin negara berkongsi pandangan mengenai kerjasama dua hala.
Ia termasuk status pelaksanaan Pertukaran Surat (EOL) yang dimeterai pada 16 Mac 2009 serta mengesahkan semula komitmen kedua-dua pemimpin dalam meningkatkan hubungan dua hala serta mewujudkan medan baru bagi meningkatkan rakan perkongsian. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment