Selepas Inspira yang di-rebadge daripada Mitsubishi Lancer mendapat sambutan yang mengalakkan, banyak kaki modified sudah memasang impian untuk menukar reka bentuk Inspira menjadi Lancer, atau Evo. Memahami kehendak pasaran, Proton tidak menunggu masa yang lama untuk memperkenalkan sebuah kereta konsep, Proton Jebat.
Mudah dikenali sebagai Inspira Evo, Jebat sekaligus menunaikan impian ramai peminat Mitsubishi Evolution dengan reka bentuk yang seiras, pada harga yang lebih murah. Antara spesifikasi utama Proton Jebat ialah daytime LEDs, bonnet vents (3 secara keseluruhan) dan spoiler belakang untuk bentuk Evo.
Proton Jebat juga dilengkapi dengan tempat duduk jenama Recaro, tema warna yang sama dengan panel pintu. Berbanding model Inspira, sistem audio menggunakan jenama Clarion, skrin sesentuh.
Gambar Proton Jebat yang lebih membakar pemilik Mitsubishi Evolution di Proton Jebat Live Gallery.
No comments:
Post a Comment