Thursday, December 16, 2010
Remaja dakwa dibelasah polis
KOTA BHARU - Seorang lelaki mendakwa anak saudaranya cedera parah setelah dipukul oleh beberapa anggota polis dengan kayu ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, Mohd. Rahmat Azmi, 21, dikatakan dalam perjalanan untuk mengambil seorang rakannya di Kampung Kubang Pasu sebelum pergi ke pasar malam di Wakaf Mek Zainab.
Bapa saudaranya, Zulkifli Mat Junoh, 35, mendakwa anak saudaranya itu menunggang sebuah motosikal dan terserempak dengan beberapa anggota polis yang sedang mengadakan sekatan jalan raya di Kampung Cina, Pantai Cahaya Bulan.
"Bila nampak sekatan jalan raya itu, anak saudara saya cuba membuat pusingan U mengelak daripada ditahan kerana motosikal yang dinaiki tidak mempunyai cermin sisi.
"Mangsa yang berada pada jarak kira-kira tiga meter daripada sekatan itu terus dikejar seorang anggota polis berpakaian biasa dan melibasnya kayu hingga terjatuh," dakwanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini semalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment