Wednesday, December 15, 2010

Sarah: Pertunangan Dengan Shuib Tak Dirancang!


KUALA LUMPUR 14 DIS 2010: Semuanya berlaku secara pantas. Ianya juga sama sekali tidak dirancang. Begitulah yang telah diluahkan penyanyi, Sarah Raisuddin mengenai pertunangannya bersama anggota Kumpulan Sepah, Shuib yang telah pun berlangsung pada 16 November 2010 lalu.
Tidak berniat ingin menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan umum, kata gadis genit berusia 26 tahun ini , pengalaman lalu telah banyak mengajarnya untuk lebih berhati-hati.
"Pertunangan itu berlaku secara tak sengaja. Sebenarnya kami pun ingat ianya hanyalah untuk merisik sahaja, alih-alih terus bertunang. Famili saya pun ramai yang tak datang. Tak ada niat punnak sembunyi pun hal ini, tapi ia memang berlaku tidak dirancang.
"Namun saya mengakulah pengalaman lalu banyak mengajar saya untuk berhati-hati. Orang kata, kalau dah bertunang ni, macam-macam boleh jadikan dan belum tentu lagi segalanya akan berlaku seperti yang dirancang, yang penting nikah," katanya tenang mengulas mengenai kisah pertunangannya itu.
Menyambung perbualan jelas Sarah, sifat kesederhanaan yang ada pada Shuib telah menawan hatinya untuk menerima kehadiran lelaki tersebut.
"Dia seorang yang simple dan sepanjang berkawan dengannya membuatkan saya selesa. Dia kenal siapa saya dan dapat menerima saya seadanya. Saya tak perlu jadi orang lain bila bersama dia, tak payah make-up dan sebagainya.
"Paling penting famili saya juga menerima dia dengan senang hati malah dia juga ikhlas berkawan dengan saya. Dia sendiri telefon ayah saya dan meluahkan perasaannya," katanya yang telah pun mengenali lelaki itu selama setahun.
Masih belum menentukan tarikh dan waktu untuk disatukan, jelas Sarah, besar kemungkinan segalanya akan berlangsung pada tahun hadapan.
"Kami masing-masing sibuk dengan aktiviti seni. Besar kemungkinan tahun depan segalanya akan dapat diselesaikan. Saya tak berani nak cakap lebih-lebih kerana semuanya ketentuan Ilahi. Jadi biarlah masa dan waktu menentukan segalanya," katanya kepada murai.com.my.

No comments:

Post a Comment