Wednesday, December 8, 2010

Scha Al-Yahya, Awal Ashaari Sudah Genap Setahun Bercinta

Saling mempercayai, mengagumi dan menghormati. Itu adalah antara petua yang diamalkan oleh aktres jelita Scha Al-Yahya dalam menyusuri alam percintaan bersama pengacara dan pelakon, Awal Ashaari.

Senang dan selesa bersama pujaan hatinya itu, Scha sendiri tidak menyangka bahawa usia perhubungan mereka telah pun mencecah genap setahun. Bersyukur kerana diberi keizinan olehNya, untuk masih bersama, wanita berusia 27 tahun ini mengharapkan yang terbaik dalam perhubungan itu.

"Bulan Oktober lalu kami dah genap setahun berkawan secara serius. Saya pun tak sangka kami telah setahun dan dia ada memberi kad kepada saya. Alhamdulilah hubungan antara kami pun telah direstui oleh keluarga.
"Apa yang boleh saya katakan sememangnya saya sangat selesa berkawan dengannya. Malah saya pun serasi dengan family dia, sempoi dan mereka semua baik sangat-sangat," katanya sambil tersenyum manis membuka bicara mengenai cinta hatinya itu.

Masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing, namun anak kelahiran Sungai Petani, Kedah ini mengakui antara mereka memang pernah berbicara mengenai hala tuju perhubungan tersebut.

"Kami pernah borak-borak pasal kahwin tapi belumlah ada perancangan ke arah itu. Saya rasa masih banyak lagi yang perlu kami lakukan untuk diri dan kerjaya masing-masing," ujarnya kepada murai.com.my.

Tambah Scha, keluarganya lebih senang jika perhubungan itu diakhiri terus dengan perkahwinan tanpa disulami dengan pertunangan.

Dalam pada itu, Juara Dewi Remaja 2006, ini turut mengulas mengenai isu salah faham yang dibangkitkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab yang mengatakan dia menyamakan wartawan sebagai monyet dalam twitter.

"Saya sendiri tak faham bagaimana perkara ini berlaku. Memang saya ada menulis 'When a production is run by a bunch of monkeys, you will get peanuts, tapi saya menulis sebegitu sebagi balasan kepada saudara saya yang tak puas hati dengan syarikat dia bekerja.
"Alih-alih ada pihak yang salah faham dan mengatakan saya tujukan ayat itu kepada wartawan. Tak akanlah saya nak buat macam itu sebab akan memakan diri saya sendiri," katanya dalam nada yang penuh kesal.

Enggan memikirkan dalang atau mengapa isu tersebut timbul jelas Scha, dia kini mahu lebih berhati dalam percakapan, penulisan atau apa sahaja yang mampu menjerat dirinya ke dalam kontroversi lagi.

No comments:

Post a Comment