Kami terima cerita daripada sumber sahih berkenaan Shahir yang kini sudah 2 minggu tidak dapat dihubungi oleh pihak produksi, mahu pun rakan artis yang lain. Mstar semalam memaklumkan bahawa Shahir kini berada di kampung kerana emosi sedikit terganggu.
Apa yang kami dapat tahu, Shahir sudah tidak tahan dengan tekanan kerja yang tinggi, sampai ada cerita yang berkata dia ingin berhenti daripada menyanyi. Walaupun sudah berada di kampung, tiada seorang pun yang berjaya menghubungi’nya, malah pihak pengurusan dikatakan telah mengupah penyiasat persendirian untuk mencari kelibat Shahir. Fuh, biar betik?
Mesej terakhir Shahir berbunyi, “Kebahagiaan Dalam Perpisahan” membawa 1000 erti kepada kami. Ada yang berkata, mungkin Shahir baru putus cinta, dan tidak dapat menahan kesedihan tersebut.
Seorang artis berkata, sepatutnya Shahir menghargai, atau all out dengan segala potensi yang ada, ini hari dia. Bukan semua artis yang dapat peluang macam dia.
Entah’lah, kepulangan Shahir ke ibu kota pun masih menjadi tanda tanya. Mungkin nanti kita akan dapat tahu sebab kehilangan’nya yang mendadak. Shahir perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan fenomena dunia artis.
No comments:
Post a Comment