Thursday, December 16, 2010

Terkejut pesawat dikepung TNI

PESAWAT Heritage Air jenis BAE 146-200 yang sebelum ini ditahan pihak berkuasa Indonesia diletakkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam, Melaka semalam.

MELAKA – “Saya dan penumpang lain terkejut apabila anggota TNI (Tentera Nasional Indonesia) secara tiba-tiba mengepung dan menahan pesawat yang kami naiki.”
Demikian cerita salah seorang penumpang pesawat sewa khas milik Heritage Air jenis BAE 146-200, Mohd. Rafi Bachik, 41, yang ditahan pihak berkuasa Indonesia ketika pesawat itu mengisi minyak di Lapangan Terbang Juanda, Surabaya petang kelmarin.
Menurut Mohd. Rafi, ketika itu semua penumpang yang terdiri daripada delegasi kerajaan negeri Melaka di dalam pesawat tersebut diminta keluar sebelum ditempatkan di dalam satu bilik khas pada pukul 5.30 petang.
Sebelum itu, katanya, juruterbang meminta kesemua penumpang keluar daripada pesawat itu bagi membolehkan pesawat berkenaan mengisi bahan api sebaik mendarat di lapangan terbang tersebut pada pukul 3 petang.
Beliau yang merupakan wartawan Astro Awani memberitahu, selepas 30 minit berada di luar, kesemua penumpang diminta masuk kembali ke dalam pesawat kerana hendak berlepas.
“Namun tidak lama kemudian, saya dan penumpang lain terkejut apabila TNI secara tiba-tiba mengepung dan menahan pesawat yang kami naiki,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

No comments:

Post a Comment