Thursday, December 16, 2010

Tips semasa di temuduga

Temuduga adalah suatu proses untuk seorang individu untuk mendapatkan pekerjaan atau projek.Biasanya individu tersebut mewakili diri sendiri atau syarikat tempat beliau bekerja.


* Buatlah kajiselidik atau homework mengenai organisasi yang akan menemuduga anda sebelum anda menghadiri temuduga tersebut.Sebagai contoh anda membuat kajiselidik mengena Carta Organisasi & Latar belakang syarikat berkaitan.

*Pakailah pakaian kemas dan bersih.Elakkan memakai selipar dan seluar "Jeans".Bagi perempuan pula janganlah pakai terlalu seksi.

*Elakkan anda makan atau minum terlalu banyak sebelum anda masuk ke bilik temuduga .Pergilah ke tandas awal awal jika perut anda tidak selesa.Ini memastikan anda akan selesa semasa di dalam bilik temuduga.

*Berdaolah sebelum masuk ke bilik temuduga.Paling kurang baca "Bismillah" & dan surah surah lazim seperti Ayatul Kursi,Al Fatihah dan surah lazim yang lain.

*Pandanglah muka penemuduga semasa anda di temuduga.Jangan tundukkan muka anda.

*Jawablah soalan yang di tanya dengan jujur dan ikhlas.Jika anda tidak tahu mengenai sesuatu perkara lebih baik anda mengaku tidak tahu sahaja.Kalau anda tersilap goreng anda akan menerima padahnya.

*Pastikan suara anda jelas dan terang dan tidak terlalu perlahan.

*Ucap terimakasih setelah tamat di temudugakan.

* Terus berdoa walaupun selepas sessi temuduga tamat.


*Perasaan berdebar adalah perasaan yang biasa di alami oleh semua orang sebelum di temudugakan...

No comments:

Post a Comment