Wednesday, December 8, 2010

Wanita luar bandar paling terpinggir - Muhyiddin

KUALA LUMPUR 8 Dis. — Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, wanita di luar bandar adalah antara golongan yang paling terpinggir di negara ini.
Beliau berkata, untuk memesatkan pembangunan kepada golongan miskin ini, kerajaan telah menyusun pelbagai skim untuk membina kemahiran bagi meningkatkan pendapatan mereka.
"Melalui perspektif jangka panjang, kita sedang memfokus kepada aspek pelajaran di segenap pelusuk bagi membina impetus yang perlu untuk meningkatkan kawasan luar bandar Malaysia.
Meningkatkan tahap pelajaran adalah antara enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) di bawah Program Tranformasi Kerajaan,” katanya dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Wanita 2010 di sini hari ini.
Beliau berkata sasaran kerajaan ialah untuk melahirkan 4,000 usahawan wanita daripada masyarakat berpendapatan rendah menjelang 2012.
Pada masa yang sama, kerajaan mahu menyaksikan lebih ramai wanita berkemahiran menyumbang ke arah persaingan ekonomi global di dalam negara yang maju ke hadapan, vibran dan berpendapatan tinggi, katanya. — Bernama

No comments:

Post a Comment