Monday, December 6, 2010

Zaibo Kahwin, Temui Jodoh Pada Usia 54 Tahun

zaibokahwin3 (Gambar) Zaibo Kahwin, Temui Jodoh Pada Usia 54 Tahun
Cinta tak mengenal usia. Itu yang terjadi kepada pelawak terkenal serta juri rancangan realiti Raja Lawak apabila beliau sah melafazkan akad nikah dengan Siti Hawa pada hari Jumaat lepas, pada usia 54 tahun. Kira-kira, lebih setengah abad Zaibo membujang, akhir’nya beliau bertemu jodoh juga.
Majlis perkahwinan diadakan dalam serba-serbi meriah walaupun tanpa adat persandingan, dengan jumlah hantaran menjadi rahsia daripada media. Zaibo berkata, perkahwinan ini amat mengembirakan’nya kerana ia datang dengan maruah, dan dia bersedia untuk mengalas tanggungjawab sebagai seorang suami.
zaibokahwin (Gambar) Zaibo Kahwin, Temui Jodoh Pada Usia 54 Tahun
FYI, Siti Hawa, 45 tahun mempunyai 9 orang anak hasil perkahwinan’nya yang pertama.

No comments:

Post a Comment