Friday, December 10, 2010

Analoque Bukti Ana Raffali, Monoloque Sangat Popular?

 KUALA LUMPUR, 9 DIS 2010: Bukan mudah untuk seseorang artis mengadakan konsert di Istana Budaya (IB). Sehebat mana pun artis tersebut itu ia masih belum menjamin untuknya dipilih mengadakan konsert atau persembahan di panggung yang penuh gah dan penuh berprestij tersebut.

Namun, pendatang baru Ana Raffali atau Ana nampaknya berjaya memikat pihak IB bersama penganjur iaitu Glam Rock Enterprise untuk menjayakan konsert Analoque yang menggandingkan Ana bersama Monoloque di Lambang Sari, IB pada 19 Disember ini. Pun begitu, apakah keistimewa Ana sehingga mendapat perhatian sebegini?

Pengarah Kreatif Glam Rok Enterprise, Helmi Antong mengesahkan pemilihan kedua-dua artis ini berdasarkan keputusan kajian yang membuktikan Ana Raffali dan Monoloque sangat popular di laman sesawang youtube, myspace, facebook dan banyak lagi.

"Berpandukan kajian ini juga, kami merasakan sudah tiba masanya mereka bersatu untuk mengadakan persembahan di tempat yang gah selain peluang mereka untuk berjumpa dengan lebih dekat bersama peminat mereka," kata Helmi.

Mengulas mengenai pemilihan ini, Ana sangat berbesar hati dan terharu di atas pemilihannya.

"Terima kasih kepada Glam Rock kerana mempercayai Ana. Saya sangat terharu kerana dari banyak artis baru yang ada, mereka telah memilih saya. Apatah lagi, saya terpilih untuk berganding bahu dengan artis yang saya membesar dengan muziknya iaitu Monoloque.

"Sesungguhnya, Ana masih lagi tak percaya. Terus-terang, sebelum ini memang Ana pernah berangan nak abuat persembahan di IB. Akhirnya ia jadi kenyataan. Pemilihan Ana juga membuktikan muzik Malaysia mempunyai nilai dan harga yang sangat tinggi," kata Ana.

Menyokong pendapat Ana, Loque bersyukur kerana sekali lagi dia diberi peluang sebegini selepas setahun yang yang lalu dia pernah terlibat dengan sebuah persembahan di IB.

"Saya janji akan berikan yang terbaik. Saya juga gembira dan teruja apabila digandingkan bersama Ana. Ini adalah kali pertama kami berganding bahu. Kami tak akan buat 100% persembahan berbentuk akustik. Insya-Allah, kami akan cuba gabungkan muzik nusantaradengan muzik pop," ujar Loque.

Apa yang pasti, konsert Analoque akan diadakan 2 sesi iaitu jam 3 hingga 5 petang dan 8.45 hingga 10.45 malam. Tiket berharga RM59 boleh dibeli di kaunter tiket Boxoffice IB atau layari laman web www.ticket2u.biz. Anda juga boleh hubungi 03-41478600 untuk mendapatkan keterangan lanjut.

No comments:

Post a Comment