KUALA LUMPUR, 9 DIS 2010: Tahun 2010 terus menjadi tahun yang penuh hebat serta mencabar buat pelawak dan pengacara popular, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil, 27 yang sebelum ini pernah menjuarai program realiti Raja Lawak Musim Kedua terbitan Astro.
Apa tidaknya satu demi satu isu dan kontroversi yang tidak enak terus dikiatkan dengan dirinya. Bermula dengan isu khalwat dan saman yang dikenakannya ke atas dirinya pada awal tahun lalu, Nabil kemudian terjebak pula dengan isu kecurangannya bersama seorang pramugari terhadap Irma Hasmie baru-baru ini.
Terbaru, kontroversi yang sedang hangat diperkatakan adalah sekeping gambar dalam situasi sedang bercumbuan dengan seorang perempuan yang terlah tersebar dengan begitu meluasnya di internet. Nabil menafikan lelaki yang berada dalam gambar itu adalah dirinya. Malah, dia juga tidak tahu menahu siapa wanita itu.
Apa sebenarnya yang berlaku terhadap Nabil? Mengapa sejak kebelakangan ini, dia seringkali dikaitkan dengan kontroversi yang sebegini? Adakah semua ini berlaku kerana kesilapan dirinya sendiri atau kerana dia menjadi mangsa kepada keadaan?
Mari ikuti temubual eksklusif murai.com.my bersama Nabil selepas ditemui dalam sidang media program game show terbaru di Astro Warna, Anda Ada 60 Saat yang mengumumkan dirinya sebagai hos program tersebut.
MURAI:Bagaimana keadaan Nabil sekarang selepas pelbagai kontroversi yang kurang enak telah melanda diri Nabil?
NABIL: Alhmadulilah, saya dapat laluinya dengan penuh tabah. Cuma saya boleh sifatkan apa yang berlaku ke atas diri saya ini semuanya dalah ujian yang datang dari maha Esa. Namun apa yang penting, rezeki saya masih lagi murah walaupun pelbagai isu kurang enak terus dikaitkkan dengan diri saya.
MURAI: Sebenarnya apa punca masalahnya apabila Nabil sering dikaitkan dengan pelbagai kontorversi?
NABIL: Saya pun kurang pastilah. Tetapi apa yang saya sedar sikap saya yang terlalu terbuka dan tak pernah menghiraukan orang lain itu yang membuatkan saya mudah dikaitkan dengan pelbagai kontroversi. Saya bersikap begitu mungkin kerana saya lupa yang saya ni artis dan public figure. Yelah, saya pun tak pernah terfikir dan dididik untuk menjadi seorang artis. Industri hiburan ini merupakan bidang terjun saja buat saya. Oleh itu saya tak tahu mana patut atau tak patut saya lakukan. Sebab itu saya banyak cuba dulu dan kemudian baru belajar dari perbuatan lalu.
MURAI:Adakah Nabil rasa Nabil menjadi mangsa keadaan atas semua perkara buruk yang berlaku ini?
NABIL: Saya tak rasa begitu, tapi yang pastinya semua yang berlaku ini saya jadikan satu turning point buat diri saya selepas ini. Mungkin dulu saya tak sedar dan sering terleka apa yang telah saya lakukan. Jadi saya anggap semua ini berlaku sebagai suatu peringatan untuk diri saya pada masa akan datang.
MURAI:Adakah Nabil rasa semua ini berlaku berpunca daripada diri Nabil sendiri atau pihak lain?
NABIL: Ia boleh jadi antara dua itulah. Mungkin ia berpunca daripada saya kerana tanpa saya sedari saya pernah buat orang sakit hati atau sebagainya kemudian mereka mahu membalas kembali kepada saya. Saya tak cakap ada orang nak dengki saya tapi dalam dunia n, tak semua orang sukakan kita. Jadi saya cuma ambil sikap untuk lebih berhati-hati selepas ini.
MURAI:Dengan apa yang berlaku terhadap diri Nabil selama bergelar selebriti ini, ramai yang berpendapat Nabil sekarang sebenarnya melalui kejutan budaya. Setuju atau tidak?
NABIL: Itu semua terpulang kepada penilaian orang kerana bagi saya kejutan budaya itu normal bagi seseorang dan semua orang laluinya secara berperingkat-peringkat. Biasalah, kalau orang nampak perubahan itu. Kerana bagi saya, saya tak seperti dulu sebab dulu saya tak mampu dan hanya seorang mat dispatch. Sudah tentu penampilan dan apa yang saya ada sekarang berbeza dan saya tak nafikannya. Dari segi sikap saya, memang dari dulu begini dan cuba menjadi diri saya dan gemar berterus-terang serta bercakap benar.
MURAI:Ramai yang sudah mempunyai persepsi negatif tehadapa Nabil, bagaimana Nabil kembalikan imej dan nama baik Nabil?
NABIL: Apa yang boleh saya cakap semua orang buat silap dan tiada sesiapa pun sempurna dalam dunia ini. Bakat yang diberikan pada saya ini pun hanyalah pinjaman dari Allah. Jadi lebih baiklah kita memaafkan orang daripada berdendam dengan siapa supaya hidup kita lebih aman dan tiada masalah. Cuma sesiapa yang rasa saya salah tu, bolehlah terus menegur saya. Saya terima teguran dan kritikan orang kerana bagi saya segala kritikan dan teguran itu menunjukan orang itu sayang dan ambil berat pasal kita. Senang je, saya anggap orang tak pernah rasa cabarannya hidup sebagai seorang artis yang bernama Nabil.
MURAI:Adakah apa yang berlaku semua ini merupakam suatu kejutan buat Nabil?
NABIL: Saya tak pernah rasa terkejut pun kerana saya dah tahu benda-benda ini pasti akan terjadi kepada setiap artis cuma cara mereka terimanya sahaja berbeza-beza. Sama ada kejutan itu hanya untuk membantu diri kita atau hanya mahu menjatuhkan kita sahaja. Hidup sebagai seorang artis ini memang penuh dengan kejutan, sedia atau tidak kita terpaksa laluinya.
MURAI: Nabil nampak tenang sahaja atas apa yang berlaku, bagaimana Nabil menangani semua masalah ini?
NABIL: Apa-apa sekalipun, saya terpaksa hadapinya dan saya juga perlu meneruskan kerjaya saya. Walaupun saya namapak sperti tiada masalah, tapi terus-terang ia juga memberi impak kepada diri saya. Bagi menghilangkan rasa gundah itu saya selalu dekatkan diri saya dengan keluarga di kampung kerana bila mengumjugi mereka, saya boleh lupa segala masalah saya. Begitu juga bila saya bekerja, dalam sebuah production pula, saya dah anggap mereka seperti keluarga saya. Jadi secara automatik segala masalah itu boleh dilupakan.
MURAI:Setelah apa yang Nabil lalui sekarang, adakah Nabil rasa hidup sebagai seorang artis ini hanya indah khabar dari rupa?
NABIL: Sebenarnya ia terpulang pada artis itu bagaimana mereka hadapinya. Tapi bagi saya, semua kerjaya pun mempunyai masalahnya dan keseronokannya tersendiri. Cuma cara kita sahaja boleh menentukannya. Jadi hidup seorang artis ini penuh dengan suka dan duka nak tak nak kita terpaksa laluinya.
MURAI:Adakah Nabil percaya dengan perumpamaan bila seseorang artis iti cepat naik dia akan juga cepat turun?
NABIL: Bergantunglah, dalam dunia hiburan ini bagi saya tak ada siapa yang turun mungkin yang dianggap turun itu adalah kerana mereka sedang berada di tahap yang selamat. Apa yang boleh saya katakan, turun naik itu adalah satu perjalanan seorang artis yang terpaksa mereka termpuhi.
Sebagi contoh, tak semestinya saya pernah kalahkan Dato' Siti Nurhaliza dalam Anugerah Bintang Popular (ABP) yang lalu menunjukan kerjaya Siti sudah merudum jatuh. Cuma mungkin sudah sampai satu tahap orang melihat dia seorang artis yang sudah cukup kuat dan stabil dalam industri ini.
MURAI:Ramai yang tak sangka Nabil begitu cepat mencari pengganti setelah berpisah dengan Irma. Apa pendapat Nabil?
NABIL: Mana ada lagi, setakat ini saya belum memikirkan apa-apa tentang soal cinta dan pasangan kekasih saya. Bukan serik, tapi saya perlu berhati-hati. Kadang-kadang bila saya keluar bersama rakan saya yang membawa isterinya, orang sudah berkata isterinya itu adalah kekasih saya. Jadi sekarang ni saya dah letak satu batasan jika rakan saya mahu membawa rakan perempuan saya terlebih dahulu minta maaf dan tak dapat keluar dengan mereka. Oleh sebab itu saya lebih mudah tumpukan kepada kerjaya saya sahaja kerana ia lebih penting dari segalanya. Saya pun perlu menyara keluarga dan mak di kampung, jadi saya tak mahu periuk nasi saya tergugat disebabkan perkara yang remetemeh tersebut.
Petikan dari Murai.com
No comments:
Post a Comment