Thursday, December 16, 2010

Awan Dania Musim Ketiga Nafi Hadapi Masalah



Bukan sekali ManggaOnline (MO) dengar produksi Awan Dania bermasalah tika menjalani penggambaran di lokasi yang kebanyakannya mengambil tempat di lapangan terbang. Tidak berdisiplin dan melanggar perjanjian antara masalah yang sering kedengaran.

Syarikat penerbangan Firefly juga dikatakan menolak tawaran untuk bekerjasama dengan Awan Dania musim ketiga kerana produksi tidak berjalan dengan baik dan menjejaskan jadual perjalanan mereka.

Menafikan tuduhan tersebut, pengarah Dinesh Samby menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.

"Awan Dania musim kedua dulu kami terpaksa lakukan penggambaran pada awal pagi untuk mengelakkan berlakunya masalah kerana sebelah siangnya, lapangan terbang sentiasa sibuk.

"Tak benar ada masalah kerana Firefly berminat meneruskan musim ketiga namun kami terpaksa tolak sebab watak Dania perlu berkembang. Pada musim pertama dia bersama Air Asia, musim kedua pula Firefly dan musim ketiga, kami tempatkan Dania menjadi pramugari untuk jet persendirian.

"Sebabnya dalam realiti, menjadi pramugari untuk private jet adalah pencapaian tertinggi bagi kerjaya pramugari.

"Susah untuk buat cerita yang berkaitan kerjaya airline kerana masa yang diperuntukkan sangat terhad dan kami harus mengikut masa sebenar penerbangan.

"Dan untuk musim ketiga, kami memilih Terminal 3 Subang untuk lokasi penggambaran kerana masanya lebih fleksibel," jelasnya.

Tiga Lokasi Berlainan

Menjanjikan kelainan pada musim terbaru, Samby mengambil risiko menjalankan penggambaran di Australia, Korea Selatan dan Bali bagi menampilkan pembaharuan.

Menurutnya, drama ini turut memperkenalkan pelakon baru, Gambit bagi perkembangan konflik percintaan Dania yang tidak pernah surut sejak musim pertama.

"Kami masih mengekalkan Scha dan Jehan Miskin dan perkenalkan muka baru seperti Gambit. Setakat ini maklumbalas yang diterima sangat memberansangkan terutamanya pada watak Dania yang selamba.

"Musim ini lebih banyak konflik dan perkembangan watak, sebab itu kami memilih melakukan rakaman di luar negara," katanya yang akan mengakhiri penggambaran di Bali.

Saksikan Awan Dania musim ketiga setiap Isnin pada jam 9.00 malam di saluran Astro Ria.

No comments:

Post a Comment