Monday, December 20, 2010

Faezah Elai Diugut Azad, Lapor Polis & Upah Peguam



Lanjutan kontroversi Faezah Elai, Azad & Heykal, minggu ini Melodi memaparkan respon daripada Faezah Elai yang memberikan penjelasan terhadap dakwaan Azad minggu lepas. Kata Faezah Elai, dia ada membuat laporan polis apabila menerima sms berunsur ugutan daripada Azad.
“Aku tunggu time terserempak bapak hang!” sms berbaur ugutan yang dipercayai dihantar oleh Azad kepada Faezah Elai, lantas selebriti wanita ini membuat laporan polis pada September yang lepas sebagai langkah berjaga-jaga.
Dengar cerita juga, Faezah Elai akan membawa kes ini ke mahkamah, malah dia sudah pun melantik seorang peguam kerana berasa teraniaya & difitnah teruk ekoran tuduhan yang melampau-lampau daripada Azad.
Teringat pula kami, Faezah Elai pernah berkata bahawa dunia hiburan ini busuk. Apa lagi Faezah, kontroversi skandal anda dengan Heykal sudah cukup membusukkan, cepat-cepat’lah bersara. Stink like sh*t!

No comments:

Post a Comment