Monday, December 20, 2010

Shahir AF8 Berlagak Diva, Mula Tunjuk Kepala


31972 123133107724853 102110456493785 122538 445136 n Shahir AF8 Berlagak Diva, Mula Tunjuk Kepala
Aiyo, ini sudah dapat peha, naik kepala pula. Penyanyi Shahir AF8, yang juga popular dengan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan telah menimbulkan rasa kurang enak dengan beberapa media, yang kini cukup panas dengan sikap Shahir. Bukan satu atau dua wartawan, ramai beb!
Al-kisahnya, baru-baru ini berlangsungnya sidang media Anugerah Juara Lagu di Soho KL, Solaris. Kelibat Shahir tidak kelihatan, sampai orang TV3 merungut sebab susah sangat nak hubungi dia. Itu belum cerita mengenai Shahir yang membatalkan sesi fotografi di saat-saat akhir, katanya migrain, sakit kepala. Tetapi, ada mula orang yang nampak Shahir melepak di Sunway Piramid pada malam sebelum sesi fotografi berlangsung, apa kes?


Mengenai AJL pula, pihak produksi dikatakan akan menyingkirkan Shahir daripada pertandingan itu kalau masih buat hal. Fuh Shahir, jangan buat hal, kareer kau baru nak berkembang. Kereta Fairlady yang eksiden tempoh hari pun belum diambil dari bengkel lagi, kan? Nanti nak bayar pakai apa?
Lepas ini, cuba’lah beramah mesra dengan media, tak kira mainstream atau blogger. Lagipun, Shahir telah dicalonkan untuk 2 kategori dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010), iaitu PENYANYI LELAKI POPULAR & ARTIS BARU LELAKI POPULAR. Tak salah pun ramah dengan media, tengok Siti Nurhaliza, kool gila.

No comments:

Post a Comment