KUALA LUMPUR, 15 DIS 2010: Tahun 2010 telah berjaya menyaksikan pelbagai pencapaian dan kegemilangan Astro Ria sebagai sebuah saluran hiburan nombor satu pilihan ramai penonton di Malaysia.
Menutup tirai untuk tahun ini, Astro sekali lagi ingin memberikan penghargaan kepada penonton sebagai tanda terima kasih atas sokongan yang diberikan sepanjang tahun ini dengan membawakan Konsert Ria 2010 di I-City, Shah Alam pada 19 Disember 2010 ini, Ahad ini bermula jam 6 petang.
Apa yang menariknya, Konsert Ria 2010 ini akan menampilkan barisan penyanyi hebat dari dari Malaysia seperti Anuar Zain, M Nasir, Datuk David Arumugam, Misha Omar, Aizat, Black, MUH,Project, Pistol,Tilu, Altimet, XPDC, Saleem, AC Mizal dan One Nation Emcee bersama Ahmad Dhani dengan penampilan khas kumpulan T.R.I.A.D & The Lucky Laki dari Indonesia.
Turut membuat persembahan kelak ialah bintang Akademi Fantasia kesayangan ramai seperti Mawi, Stacy, Hafiz, Akim, Aril, Shahir dan Adira.
Mengulas lebih lanjut tentang penganjuran konsert ini, Pengurus Saluran Astro Ria, Puan Azlin Reza Azmi berkata,Konsert Ria 2010 merupakan sebuah platform terbaik bagi Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) secara amnya dan Astro Ria khususnya sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan padu yang telah diberikan oleh penonton setia mereka selama ini.
"Sokongan yang tidak berbelah bagi inilah yang menjadi inspirasi dan menambahkan semangat kami untuk terus mengorak langkah secara berterusan dalam menghidangkan program-program terbaik yang bersifat interaktif dan dekat dengan jiwa penonton.
"Menerusi konsert ini juga, kami cuba mengembalikan kenangan penonton terhadap kegemilangan program-program terbaik yang diterbitkan pada tahun ini serta persembahan dari program yang menerima maklum balas yang amat positif seperti Akademi Fantasia 8, Kau Dan Aku Musim Kedua, Mari Menari, Raja Lawak, Anda Ada 60 Saat dan tidak ketinggalan Kamilah Bintang," jelas Azlin kepada murai.com.my
Azlin turut menjelaskan bahawa, konsert ini juga merupakan platform yang terbai bagi Astro Ria untuk memperkenalkan barisan program-program terbaik yang bakal ditayangkan untuk tahun depan. Ini termasuklah Astana, 1.2..3..tukar dan Serasi Bersama.
"Para peminat juga perlu merebut peluang keemasan untuk bertemu dengan lebih dekat para selebriti kesayangan mereka terutamanya bintang-bintang yang pernah diundi sewaktu program-program realiti ini berlangsung.
"Sebaliknya, bagi bintang-bintang ini, inilah masanya untuk mereka menunjukkan rasa terima kasih terhadap sokongan para-peminat selama ini. Malah mungkin ada di kalangan para peminat yang menjadikan para selebriti ini inspirasi mereka untuk berjaya," katanya.
Konsert Ria 2010 secara percuma ini diadakan secara terbuka kepada orang ramai ini. Ia terlebih dulu akan dimulakan dengan persembahan istimewa peserta Kamilah Bintang, finalis Mari Menari, bintang-bintang Kau Dan Aku dan Nabil yang akan menguji orang ramai dalam permainan Anda Ada 60 Saat.
Pelbagai permainan dan hadiah istimewa disediakan untuk dimenangi para pengunjung. Konsert ini turut dimeriahkan dengan kehadiran krew Era FM, Sinar FM, THR Gegar dan XFM yang juga merupakan radio rasmi Konsert Ria 2010.
Konsert Ria 2010 pastinya akan menutup tahun 2010 sebagai sebuah konsert yang akan diingati. Bagi mereka yang berminat untuk datang ke konsert ini bolehlah datang ke I-City, Shah Alam bermula jam 6.00 petang, 19 Disember 2010. Jumpa di sana!
No comments:
Post a Comment