Thursday, December 2, 2010

Korea Utara mungkin lancar serangan lagi

SEOUL 2 Dis. - Pengarah perkhidmatan perisik kebangsaan Korea Selatan, Won Sei-hoon semalam berkata, Korea Utara berkemungkinan besar akan melakukan serangan sekali lagi, seminggu selepas Pyongyang melepaskan berpuluh-puluh tembakan meriam ke atas pulau Yeonpyeong, lapor agensi berita Yonhap.
"Terdapat kemungkinan besar Korea Utara akan melakukan serangan lagi," kata Sei-hoon memberitahu mensyuarat jawatankuasa parlimen.
Menteri Pertahanan Korea Selatan, Kim Tae-young juga memberi amaran terdapat 'kemungkinan besar' Korea Utara mungkin mengadakan provokasi lagi sebaik sahaja latihan ketenteraan Amerika Syarikat bersama negara ini berakhir semalam. - REUTERS

No comments:

Post a Comment