Wednesday, December 22, 2010

Marion Caunter Mengaku SM Nasaruddin Ialah Boyfriend Pertama

GUA Entertainment Marion SM default 666802271 Marion Caunter Mengaku SM Nasaruddin Ialah Boyfriend Pertama
Ini gambar pada majlis resepsi perkahwinan Marion Caunter & Sm Nasaruddin yang berlangsung di Mandarin Oriental, kelmarin. Gambar kredit Gua.com.my
Menurut informer kami bernama Tatiana, ramai tetamu bertaraf VVIP yang hadir termasuk mantan perdana menteri, Dr. Mahathir dan isteri, Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak & Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin. Itu belum lagi dicampur dengan menteri-menteri kabinet yang lain, maklum’lah perkahwinan hi profile. Majlis resepsi perkahwinan 2 pasangan ideal ini memang grand, boleh digelar sebagai Wedding Of The Year.
Kesemua ahli keluarga pihak lelaki hadir, menolak segala gosip yang mengatakan abang Nasa tidak hadir, kerana bengang. Tidak, mereka semua berada di sana cuma gambar beliau tidak disiarkan sahaja.
Paling istimewa, bekas-bekas peserta The Biggest Loser tahun ini amat bertuah kerana dijemput oleh Marion, dan mereka semua hadir di bagi meraikan majlis serba mewah ini. Di majlis tersebut, Marion mengaku bahawa SM Nasa ialah BOYFRIEND yang pertama, memang tidak sangka. Sebab itulah kita tidak pernah kedengaran sebarang gosip cinta Marion dengan lelaki lain.
Kepada orang luar yang berhasad dengki dengan Marion berikutan dakwaan mengatakan Marion Caunter kaki cukur, SM Nasa sendiri berkata bahawa dia menyukai Marion kerana memiliki hati yang baik, lemah lembut dan serius semasa bekerja. Tidak pernah selama 5 tahun dalam hubungan mereka, Marion meminta Nasa membelikan apa-apa, atau kereta free! Para hadirin gelak besar dengan seloroh selamba Nasa.
Marion sudah mengenali NASA sebelum dilantik sebagai CEO, jadi Nasa sendiri tahu menilai siapa inginkan harta atau sukakan dia secara ikhlas. Jadi kawan-kawan di luar sana, doakan kebahagiaan mereka berdua dan jangan tabur fitnah semata-mata. Jangan mempersoalkan agama Marion, cinta tak kenal bangsa la weyh.

No comments:

Post a Comment