Wednesday, December 22, 2010

Siti Nurhaliza Bakal Jadi Pengacara, Punya Rancangan Bual Bicara Sendiri?

siti nurhaliza talkshow Siti Nurhaliza Bakal Jadi Pengacara, Punya Rancangan Bual Bicara Sendiri?
Selepas sekian lama mengabdikan diri kepada dunia nyanyian yang berjaya membawa Siti Nurhaliza ke puncak populariti, penyanyi mahu beralih arah.
Tidak’lah 100% beralih arah, namun sumber yang menulis memberitahu Siti Nurhaliza bakal mencuba sesuatu yang baru dalam karier seni beliau.
Khabarnya, sekarang Siti Nurhaliza sedang menumpukan fokus beliau kepada sebuah rancangan bual bicara yang bakal menyaksikan penyani No.1 negara ini tampil sebagai pengacara.
Program TV yang masih belum jelas konsep’nya itu dikatakan masih lagi di’peringkat terlalu awal untuk di’dedahkan kepada masyarakat.
Jika benar Siti Nurhaliza bakal memiliki rancangan talkshow sendiri, kami sendiri teruja untuk melihat bagaimana Siti Nurhaliza buat pertama kali menjadi pengacara.
Apa pun yang Siti Nurhaliza lakukan untuk karier beliau, dengan tanpa ragu kami menyokong dengan penuh minat. Good luck!

No comments:

Post a Comment