Monday, December 20, 2010

Maya Karin Dipilih Jadi Duta Baru Produk Kesihatan


KUALA LUMPUR 19 DIS 2010: Berita yang baru Murai Batu terima ini amat menggembirakan hati. Dah selalu sangat kita dengar pelbagai cerita artis yang hampir menyesakkan jantung, kali ini Murai Batu nak sampaikan kisah yang bagi Murai Batu sangat menarik.
Sempena tahun baru, Awal Muharam 1432 Hijrah ini, aktres, penyanyi dan pengacara jelita Maya Karin dikurniakan rezeki pertama pembukaan tahun yang cukup sukses. Maya telah dipilih menjadi duta baru bagi sebuah produk kesihatan berasaskan minuman untuk kecantikkan . Nak cerita panjang tentang produk apa semuanya akan terjawab esok petang (Isnin) kerana pengumuman perlantikannya akan dilakukan esok di ibu kota.
Tapi bagi Murai Batu, Maya ini dah memang cantik, jadi apabila minum atau makan pula suplimen kecantikkan pasti kejelitaannya lebih terserlah. Mengenali Maya, dia tidak akan menerima sesebuah tawaran tanpa sebab. Kalau dia terima mesti kerana produk itu sebuah produk yang terbaik di matanya dan sesuai digunakan oleh masyarakat umum, senang cakap produk yang terjaminlah. Bukan main redah saja terima apa-apa tawaran walaupun cap ayam tapi kerana bayaran semuanya jadi okey.
Selain itu, menurut sumber itu lagi, tahun baru ini juga rezeki aktres kelahiran Jerman ini khabarnya semakin mencurah-curah. Ada banyak lagi projek yang telah pun digengamnya dan hanya menunggu masa untuk diwar-warkan. Murai Batu bangga dengan apa yang dilaluinya kini. Nampaknya Maya memang mengotakan kata-katanya yang mahu bekerja keras untuk diri dan kerjaya berbanding pening-pening lalat memikirkan tentang cinta baru. Dia mahu tahun baru ini dilakari dengan cerita-cerita indah mengenai kerjayanya.
Bukan serik dengan cinta tapi Maya mahu memberi perhatian pada pekerjaan berbanding cinta. Kata Maya, biarlah cinta hadir sendiri tanpa perlu dicari. Murai Batu sokong sangatlah kenyataan Maya kerana lebih baik membiarkan cinta mencari kita daripada kita beriya-iya mengejarnya.Apa pun syabas buat Maya Karin.

No comments:

Post a Comment