Monday, December 20, 2010

Vokalis Estrella, Liyana Fizi Terima Fu*k You Kerana Menyokong Anti-Keganasan Mak Nyah


Screen shot 2010 12 20 at 12.04.41 AM Vokalis Estrella, Liyana Fizi Terima Fu*k You Kerana Menyokong Anti Keganasan Mak Nyah
Usaha vokalis Estrella, Liyana Fizi dalam menyokong gerakan Anti-Keganasan Mak Nyahmenyebabkan ada peminat berasa berang dan menghadiahkan Fu*k You kepada dia melalui laman Facebook, malam tadi. Vokalis Estrella yang popular dengan lagu Stay ini walaubagaimana pun membalas kutukan peminatnya supaya menjaga bahasa, dan cara melayan orang.
Daripada apa yang kami faham, Liyana Fizi cuma memberikan sokongan kepada gerakan Anti-Keganasan terhadap golongan Mak Nyah kerana selama ini mereka menerima layanan yang kasar, serta tidak adil. Namun, itu bukan bermaksud bahawa Liyana Fizi menentang hukum agama.
Menurut Liyana, mak nyah tidak pernah merompak, meragut, cuba menipu, atau mencederakan keluarganya. Mereka tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan terhadap dirinya. Dan, dia juga mempunyai hak untuk membuat gig pada mana-mana konsert kesukaannya.
Ada benar juga kata Liyana, tetapi, kalau difikirkan daripada sensitiviti masyarakat, mungkin Liyana patut mengambil kira kata-kata peminat itu. Enjoice

No comments:

Post a Comment