Tuesday, December 14, 2010

Memasak seperti seorang chef

CHEF ISMAIL bukan sahaja memperkenalkan resipi yang lazat malah menunjukkan cara pengurusan kebersihan dapur melalui penggunaan tuala dapur Scott.

CUCUR bawang, ayam goreng berempah dan mi goreng istimewa Chef Ismail. Itu tiga resipi yang berjaya disediakan oleh sekumpulan wakil media sewaktu mengikuti bengkel masakan Scott Cook Like A Chef baru-baru ini.
Bertempat di Restoran Rebung, Bangsar, suasana menjadi riuh sebaik sahaja chef selebriti itu membuka mulut bagi memulakan sesi bengkel masakan yang disertai lebih sepuluh wakil media yang terdiri daripada kaum Hawa.
Ternyata, selain pandai memegang pena bagi melaporkan berita, para wartawan juga mempunyai bakat dalam bidang masakan apabila menunjukkan kemahiran masing-masing sewaktu berada di dapur.
Apa yang pasti, kehadiran Chef Ismail memberi pengalaman kulinari yang mengujakan bagi setiap peserta. Bengkel tersebut dianjurkan oleh tuala dapur Scott, jenama tuala dapur terlaris di Amerika Syarikat yang mula diperkenalkan pada tahun 1907.
Membersih kotoran dapur
Melalui penganjuran bengkel masakan itu, para peserta turut mempelajari cara menggunakan Tuala Dapur Scott untuk membersihkan pelbagai jenis kekotoran dan minyak dapur.
“Chef Ismail adalah pakar dalam bidang warisan dan keaslian masakan Malaysia dan kami di Scott sungguh bangga dapat bekerjasama dengan beliau dalam bengkel masakan yang menyeronokkan ini.
RESIPI mi goreng istimewa Chef Ismail sedang disiapkan oleh dua orang peserta.


“Beliau telah mencipta pelbagai rangkaian resipi menarik menggunakan kaedah dan cara mudah tanpa mengabaikan keaslian cita rasa sesuatu makanan,” kata Pengurus Pemasaran, Family Care, Kimberly-Clark Malaysia dan Singapura untuk Scott, Tammy Loo.
Bengkel masakan itu diadakan sempena kempen Cook Like A Chef yang diperkenalkan oleh Scott. Melalui kempen itu, Scott mengalu-alukan warga Malaysia untuk menghantar resipi asli mereka untuk memenangi hadiah istimewa bernilai RM10,000.
Selain itu, pemenang juga akan berpeluang mengikuti sesi memasak dan menjamu selera bersama chef kelahiran Negeri Sembilan itu.
Kempen tersebut akan berlangsung sehingga 31 Disember nanti. Borang penyertaan boleh didapati dalam buku resipi kecil yang disertakan secara percuma dalam pek promosi Tuala Dapur Scott di semua pasar raya utama di seluruh negara.
Buku resipi kecil itu menampilkan pelbagai makanan kegemaran Malaysia dalam bentuk halaman berlipat yang mudah dibaca oleh semua golongan masyarakat.
“Tuala dapur Scott adalah jenama yang dipercayai suri rumahtangga di seluruh dunia. Ia adalah penyelesaian kepada masalah kekotoran di dapur yang mudah digunakan dan dijamin kebersihannya.
WAKIL media yang mengikuti bengkel masakan bersama Chef Ismail turut menerima sijil penyertaan selepas acara berakhir.


“Dengan adanya tuala dapur Scott sebagai teman yang boleh dipercayai ketika sesi masak-memasak, kami berharap agar dapat terus mempertingkatkan nilai perkhidmatan kami kepada pengguna Malaysia dengan inisiatif terkini termasuk bengkel masakan ini,” tambah Tammy.
Sementara itu, Chef Ismail mengakui amat berpuas hati dengan penggunaan tuala dapur Scott sebagai ‘teman di dapur’.
“Tuala Dapur Scott sentiasa menjadi teman sejati untuk semua sesi masakan saya dan telah membantu menjadikan dapur saya sentiasa berkilauan sepanjang masa.
“Saya gembira kerana dapat berganding bahu dengan jenama ini dalam bengkel masakan yang sungguh menyeronokkan,” kata beliau.
Untuk maklumat lanjut tentang Scott dan peraduan Scott Cook Like A Chef, sila hubungi talian 1-800-82-1188 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula dari pukul 9 pagi ke 5 petang.

No comments:

Post a Comment