Monday, December 20, 2010

Remaja badan besar antara 100 pelayar bahan lucah internet yang dimusnahkan di Austria 20/12/2010 2:09am

VIENNA 20 Dis. - Polis Austria berjaya menghapuskan kegiatan melayari dan memuat turun bahan-bahan lucah di internet yang melibatkan seorang kanak-kanak berbadan besar bersama lebih 100 lelaki lain, termasuk empat orang guru dan seorang petugas taman kanak-kanak, kata polis semalam.
Jurucakap jabatan jenayah persekutuan BKA, Alexander Marakovits memberitahu agensi berita APA Austria, bahan-bahan pornografi itu telah disita melalui serbuan ke atas 107 buah rumah di seluruh negara itu ekoran satu maklumat yang diperolehi dari Luxembourg.
Menurut Marakovits, mereka yang terdiri dari pelbagai latar belakang sosial dan berusia antara 18 hingga 70 tahun itu dipercayai telah memuat turun bahan-bahan lucah dari perkhidmatan dalam talian di Luxembourg yang mana sesetengahnya cuba menyembunyikan jejak mereka dengan mengguna pusat-pusat siber cafe.
Katanya, salah seorang daripada pelayar bahan lucah berkenaan telah menyembunyikan kira-kira 20,000 keping gambar dan 300 video lucah, katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment