Thursday, December 2, 2010

Sah! Ujibakat Mentor Musim Ke-5 Akan Bermula, Let’s Rocking!

 Tunjuk ajar ku sifu! Ya, kami dimaklumkan bahawa ujibakat atau audition untuk program realiti Mentor Musim Ke-5 akan bermula dalam masa terdekat, lokasi & waktu akan diumumkan kemudian.
Program Mentor mempunyai satu objektif iaitu melahirkan bakat baru, program ini terkenal dengan memfokuskan kepada kekuatan vokal protege-protege yang bertanding. Pendek kata, anda yang terpilih akan mempunyai seorang tok guru yang bakal menurunkan ilmu-ilmu vokal sepanjang pembabitan anda dalam program tersebut. Antara anda terpilih atau tersingkir, itu sendiri mahu ingat.
Imbas kembali, musim lalu, barisan Mentor yang menggalas tanggungjawab sebagai tenaga pengajar terdiri daripada Azmeer, Mas Idayu, Mus (May), Dayang Nurfaizah, Ziana Zain dan Joe Flizzow. Selepas mengharungi pelbagai kesukaran dan cabaran ketika sesi ujibakat hingga ke peringkat akhir pertandingan yang menyaksikan kejayaan berpihak kepada gabungan hebat Ziana Zain dan protegenya Mohd, giliran artis atau selebriti manakah pula yang akan meyemarakkan bahang Mentor musim ke – 5 kali ini?

No comments:

Post a Comment