Thursday, December 2, 2010

Dengarnya Tomok Kurus Disebabkan Sakit?

KUALA LUMPUR, 2 DIS 2010: Mengimbas kembali pembabitan penyanyi, Shah Idrawan atau Tomok sewaktu dia mula-mula menjadi vokalis utama kumpulan Newboyz, fizikal dan bentuk badan adik kepada Isma AF7 ini memang tidak banyak berubah.
Namun begitu, perubahan yang ketara sudah mula dapat dilihat sewaktu Tomok melancarkan album solonya baru-baru ini dilihat. Badannya kini semakin kurus dan wajahnya juga kelihatan agak cengkung.
Disebabkan itu, ada khabar angin mendakwa bahawa pelantun lagu Berlari ini sedang sakit teruk sehingga membuatkan berat badannya menurun. Ada juga yang bersangka negatif dengan mengaitkan Tomok dengan pengambilan barang larangan seperti dadah.
Mengulas tentang hal ini, Tomok menafikan segala prasangka tersebut. Sebaliknya, dia mengakui sejak dulu hingga kini, berat badannya memang tidak pernah naik melebihi daripada 55 kg.
"Berat badan Tomok tak pernah-pernah berubah. Harap janganlah prasangka hanya kerana badan Tomok begini. Terus-terang, Tomok sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit. Mungkin, berat Tomok tak naik sebab Tomok tak cukup tidur dan kuat sangat bekerja.
"Tomok juga tak pernah mengambil bahan-bahan terlarang seperti dadah atau pun ganja. Ketika persembahan, Tomok hanyalah menjadi diri sendiri tanpa bantuan sebarang pil larangan. Apapun, ayah Tomok memang ada tegur Tomok kenapa badan Tomok kurus sangat.
"Sejujurnya, Tomok memang pernah cuba makan ubat untuk menambahkan berat badan. Tomok teringin juga mempunyai badan yang berisi sikit. Tapi, nak buat macam mana, berat badan Tomok tetap tak naik juga," katanya kepada murai.com.my.
Mengulas pula tentang lagu Cintaku Cintaku Di Indonesia yang kononnya ditujukan khas buat buah hati Tomok di seberang, Tomok berkata, sebenarnya lagu itu dihasilkannya sewaktu berkunjung ke Palembang.
"Waktu itu, Tomok ke sana atas tujuan untuk promosi kecil album ini. Dari situlah Tomok mendapat idea untuk menulis lagu tersebut. Kebetulan pula, Tomok mempunyai fanbase di sana. Jadi, lagu ini adalah penghargaan buat peminat di Indonesia. Apapun, tema cinta tidak bermaksud ditujukan buat seorang saja," jelasnya lagi.
Cintaku Di Indonesia adalah salah sebuah lagu yang dimuatkan dlam album solo Tomok yang turut mengggunakan judul namanya sediri. Ia sudha pun mual dilancarkan di pasaran sejak bulan yang lalu.
Menyentuh tentang isu salah sebuah lagu ciptaan Edry yang dikatakan menciplak lagu orang lain, Tomok yang turut mendapatkan khidmat Edry menerusi lagu Arjuna berpendapat bahawa Edry adalah seorang komposer yang sering menampilkan lagu yang berkualiti.
"Setakat ini, Tomok lihat, Edry selalu buat lagu yang bagus. Tomok tak merasakan setiap lagu yang dibuatnya itu adalah lagu ciplak atau meniru mana-mana lagu yang sedia ada. Secara logiknya, kalau benar kebanyakan lagu ciptaan itu ciplak, kenapa 3 buah lagunya layak bertanding ke Juara Lagu 25?
"Tomok rasa perkara ini berbangkit disebabkan orang dengki dengan Edry. Jadi, Tomok langsung tidak menyokong apabila Edry buat lagu ciplak. Terus-terang nak cipta sebuah lagu amatlah susah. .
"Kalau Tomok jadi Edry pun, Tomok mungkin akan melakukan tidakan yang sama. Itupun kalau benar-benar tuduhan yang dilemparkan itu tidak berasas dan tidak ada kebenaran fakta," ujarnya.

No comments:

Post a Comment