Hanya tinggal kenangan
KUALA LUMPUR, 9 DIS 2010: "Saya terkilan dengan penceraian ini, namun saya redha menerima ketentuan Illahi. Semua yang berlaku memang dah tertulis dalam suratan hidup saya," bicara Sein ketika dihubungi murai.com.my bagi mengulas mengenai penceraiannya.Jelas pemilik nama sebenar Syed Hussein Syed Mustafa ini, penceraian tersebut merupakan langkah terbaik buat dirinya bersama bekas isteri, Noor Diyana Muhammad atau Nana.
"Dah tak ada rezeki untuk kami bersama. Jadi perpisahan ini adalah yang terbaik buat kami berdua, siapa yang tak sayangkan perkahwinan namun kita tak boleh menolak ketentuanNya," jelas anggota kumpulan Ruffedge ini.
Dalam pada itu, Sein turut menafikan sekerasnya-kerasnya gosip yang bertebaran di laman sosial mengatakan punca penceraian mereka disebabkan oleh kehadiran orang ketiga.
"Itu semua kata-kata orang yang belum tentu betul atau tak. Pelbagai cerita boleh dikeluarkan dan orang ramai tak perlu mempercayainya kerana semua itu fitnah semata-mata. Kebenarannya hanya saya dan bekas isteri saja yang tahu," katanya lagi.
Pasangan Juara Sehati Berdansa Musim Ketiga itu, sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor, semalam.
Sein dan Nana mendirikan rumahtangga pada Julai, 2006 dan mempunyai dua orang cahaya mata, Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, setahun.
No comments:
Post a Comment