KUALA LUMPUR, 9 DIS 2010: Tanda tanya siapa yang akan menjadi hos kepada rancangan game show, Anda Ada 60 Saat yang bakal ditayangkan di Astro Warna sudah pun terjawab dan pengacara tersebut adalah pelawak penuh kontroversi iaitu Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil, 27. Program yang bakal dikemudikan oleh Nabil sendiri itu akan menemui penonton pada setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 10 malam bermula pada 25 Disember ini.
Menariknya, program bercorak permainan yang terbaru di Astro Warna dalam Pakej Mustika ini bakal menawarkan wang tunai sehingga RM500 000 kepada peserta yang berjaya menyelesaikan cabaran-cabaran yang diberikan dalam masa 60 saat.
Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani berkata segala kontroversi yang berlaku terhadap Nabil hanyalah berkaitan dengan hal peribadinya sahaja kerana dia melihat Nabil mempunyai karektor yang sesuai bagi program tersebut.
"Kami tidak ambil kira segala hal peribadinya. Lagipun. peminat sekarang dah pandai menilai antara kerjaya dan hal peribadi. Jadi pemilihan Nabil untuk melunaskan tugas sebagai pengacara program ini dilihat amat bersesuaian berdasarkan kepada karektornya yang bersahaja dan menarik itu.
" Selain itu, Nabil juga mempunyai ramai peminat daripada pelbagai peringkat umur sekaligus menepati konsep dan penonton sasaran program ini. Kami percaya Nabil mampu mengemudikan program ini dengan sentuhan dan gayanya yang tersendiri," katanya dalam satu sidang media yang telah berlangsung di KRU Studio, Cyberjaya, semalam.
Menurut Nizam lagi, dia yakin program Anda Ada 60 Saat ini mampu menarik perhatian ramai berikutan kejayaan program-program bercorak permainan sebelum ini.
"Program bercorak permainan seperti ini sebenarnya bukanlah format baru di platform Astro. Di Astro Warna sendiri, kita sudahpun menyiarkan beberapa program yang menggunakan formata yang sama sebelum ini seperti Redah Kasi Pecah, Mandi, Kalau Berani 1 vs 0 dan Terkono.
"Jadi kami yakin program terbaru ini akan menawan hati para penontn dan berjaya meletakkan kedudukannya yang tersendiri di ka;langan para penonton," jelasnya lagi kepada murai.com.my.
Dalam Anda Ada 60 Saat, setiap peserta perlu bermain secara individu dan mempunyai tiga kali peluang untuk menamatkan cabaran dalam masa 60 saat. Semakin sukar cabaran yang harus mereka hadapi, maka semakin tinggilah jumlah wang yang bakal mereka menangi.
Antara cabaran yang akan diberikan kepada peserta pada setiap minggiu adalah seperti, Kepala Rock, Kepala Baldi, Tin Beracun, Lawan Graviti, Hantu Bungkus Pening, Muka Biskut dan banyak lagi. Kepada yang mahu melihat cara permainan cabaran-cabaran ini, bolehlah melayari laman web www.astro.com.my/andaada60saat
No comments:
Post a Comment