MANCHESTER - Carlos Tevez telah mengemukakan permintaan secara bertulis untuk berpindah dari Manchester City, lapor media Britain kelmarin.
British Press Association berkata, perpindahan itu bakal berlaku, walaupun Tevez dan kelab itu masih belum membuat pengumuman rasmi.
Sejak perpindahan kontroversi pemain itu dari Manchester United 18 bulan lalu, Tevez menjadi pemain yang pengaruh besar serta kegemaran ramai di City.
Dia telah menjaringkan 39 gol dalam 60 penampilan dan hasratnya untuk meninggalkan kelab itu merupakan satu kehilangan besar dalam ranking pasukan.
Tevez dilaporkan merindui dua anak perempuannya yang tinggal di Argentina malah, hubungannya dengan pengurus pasukan, Roberto Mancini juga bertambah buruk, walaupun dia dinamakan sebagai ketua pasukan sejak awal musim.
Dia tidak hadir pada majlis sambutan Krismas para pemain kelab itu dan tidak beraksi ketika City menundukkan West Ham 3-1 kelmarin, akibat digantung. - AP
No comments:
Post a Comment