LONDON - Penyerang Argentina, Carlos Tevez dilaporkan memberi bayangan untuk bersara sekiranya Manchester City enggan melepaskannya pada musim perpindahan Januari ini.
Keputusan itu adalah muktamad dan Tevez mengakui dia mahu meninggalkan Eastlands.
Tevez berkata, wang tidak mampu untuk mengubah keputusan itu.
Menurut laporan akhbar, Tevez pernah memberitahu dia mahu meninggalkan kelab London itu pada Ogos lalu tetapi telah dipujuk untuk kekal dan ditawarkan bonus.
Tevez, 26, berkata, keputu- san yang dibuat itu bukan se- mata-mata kerana wang tetapi lebih kepada kehidupan peribadi bersama keluarga.
Kelmarin, penjaring terbanyak City itu telah mengeluarkan kenyataan bahawa hubungannya bersama beberapa eksekutif serta individu di kelab tersebut dingin dan sudah tidak boleh diselamatkan lagi.
Terdahulu, Tevez telah menghubungi peguam bagi menguruskan hal mengenai perpindahan tanpa pengetahuan ejennya, Kia Joorab- chian.
Difahamkan, pemain itu pernah memberitahu Joorab- chian yang dia terlalu bosan untuk terus beraksi bersama City dan menyuarakan keinginan untuk menamatkan kariernya.
Selain itu, Tevez dikatakan sangat merindui kedua orang anaknya yang kini menetap bersama isterinya di Argentina.
City pula dijangka akan mengemukakan tawaran lumayan kepada Tevez untuk terus kekal di Eastlands.
Ketika ini, bekas penyerang Manchester United itu mene- rima gaji paling tinggi dikala- ngan pemain City apabila memperoleh £200,000 (RM990,665) seminggu.
Begitupun, Tevez dijangkan menerima sebanyak £250,000 (RM1.238 juta) seminggu seandainya dia memperbaharui kontrak barunya bersama City selepas ini. - Agensi
No comments:
Post a Comment