Monday, December 20, 2010

Ahmad Dhani Umum Once Tarik Diri Daripada Dewa 19


Screen shot 2010 12 19 at 10.27.14 PM (Xklusif!) Ahmad Dhani Umum Once Tarik Diri Daripada Dewa 19
Terkejut kami apabila wartawan Malay Mail, melalui twitter Joe Lee memberitahu  bahawa Ahmad Dhani baru sahaja mengumumkan Once tarik diri daripada kumpulan paling popular Indonesia, Dewa 19. Berita ini sangat eksklusif, sampai orang Indonesia pun belum tahu lagi. Cheers!
Surat perletakan jawatan sudah dihantar kepada Ahmad Dhani & ahli kumpulan Dewa 19, kira-kira minggu lepas. Kami difahamkan, pencarian bintang baru bagi mengantikan Once mungkin akan dibuat melalui siri realiti TV di Indonesia. Kemungkinan besar juga akan mendapat kerjasama daripada Tv Malaysia.
Sekeping screenshot gambar surat perletakan jawatan oleh Once yang sempat dihantar oleh Joe Lee di ruangan Twitter, sebentar tadi, selepas ini. Thanks Joe!

No comments:

Post a Comment