Thursday, December 2, 2010

Ngangkung, Kutip 3 Juta Dalam Masa 7 Hari – Pengarah Terkejut!

fa poster ngangkung Ngangkung, Kutip 3 Juta Dalam Masa 7 Hari   Pengarah Terkejut!
Tahniah kami ucapkan kepada krew produksi filem Ngangkung kerana berjaya mencatat kutipan sebanyak RM3 juta dalam masa 7 hari! Juga tahniah buat filem Appalam, filem yang berkisarkan daripada Papadom yang berjaya mengutip RM400,000 dalam masa 3 hari. 2 Alam? Tinggal mimpi je.
Walaupun baru pertama kali mengarah filem, Ismail Hashim atau Bob juga tidak menyangka filem Ngangkung dapat mencipta kutipan luar biasa, kalau dibandingkan dengan filem-filem Melayu yang ditayangkan sejak November dulu. Kami pasti, kemunculan Sam Shaheizy banyak membantu filem Ngangkung mencapai box office, lebih-lebih lagi penonton ramai yang gemar dengan lakonan beliau yang nampak ‘hidup’.
Akui agak berdebar dengan sambutan filem’nya yang akan datang, Bob menganggap ini merupakan satu cabaran buat beliau untuk mengekalkan kejayaan yang sama untuk produk-produk akan datang.
Fuh, ini yang nak buat kami tengok wayang, jom ramai-ramai pergi!

No comments:

Post a Comment