Thursday, December 16, 2010

Serasi Bersama Bikin Pak Nil Ingin Berkahwin Semula?

15 DIS 2010: Murai Batu rasa semua orang pun tahu betapa sibuk dan padatnya jadual harian Aznil Hj Nawawi dengan tugas hariannya sebagai penyampai TV. Bermacam-macam program TV yang dikendalikannya. Itu tak masuk lagi dengan tugasnya setiap pagi di konti sebagai penyampai radio di Era FM.

Pendek kata, Aznil yang kini lebih mesra di sapa sebagai Pak Nil memang tak pernah duduk diam. Ada saja perkara yang akan dilakukannya. Dan, bila dia melakukan sesuatu perkara itu, dia akan memastikan, bahawa ianya dilakukan dengan terbaik sekali. Tak hairanlah mengapa Pak Nil berjaya mencapai kedudukan sebagai pengacara nombor satu Malaysia.

Salah satu resipi kejayaan Pak Nil adalah dia seorang anak seni yang sentiasa fokus, gigih, berusaha serta bekerja keras dalam memberikan komitmen terhadap tugas yang dilakukannya.

Paling penting, dia bukanlah seorang anak seni yang berjaya dalam sekelip mata. Pengalamannya yang cukup banyak dan cukup luas sekali dalam bidang ini banyak membantunya untuk meraih status dan kedudukan yang dikecapinya pada hari ini.

Maka, memang wajar sangatlah kalau Pak Nil dijadikan contoh di kalangan pengacara baru di luar sana yang baru saja hendak bertatih di dalam bidang seni ini. Glamor bukan segala-galanya. Yang penting sekali, bagaimana hendak memperbaiki diri supaya berjaya menjadi pengacara yang mempunyai kredibiliti macam Pak Nil.


Oklah, Murai Batu tak nak membebel lagi. Nanti, korang semua rasa boring pulak. Sebenarnya, Murai Batu nak bagitahu satu perkembangan terbaru tentang Pak Nil. Tak lama lagi, Pak Nil bakal mengacarakan sebuah gameshow tentang pasangan selebriti di Astro Ria.


Nama program tu adalah Serasi Bersama. Ia adalah adaptasi daripada program gameshow, Mr & Mrs yang cukup terkenal di United Kingdom. Murai batu dapat tahu, ramai juga pasangan selebriti yang terlibat dalam program gameshow. Kalau nak tahu, korang tengoklah Astro Ria pada 19 Disember ini nanti.

Apapun, disebabkan program gameshow, Serasi Bersama ni, Murai Batu dapat tahu, ia semakin membuakkan lagi keinginan Pak Nil untuk mendirikan rumahtangga buat kali yang kedua.

Apa tidaknya, bila terpaksa mengorek rahsia tentang hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan rumahtangga sesebuah pasangan selebriti tersebut, Pak Nil khabarnya berasa seronok sangat.

Lebih-lebih lagi bila dapat berkongsi kemanisan tentang kehidupan alam rumahtangga daripada setiap pasangan selebriti yang terlibat dalam program gameshow tersebut.

Tapi, kalau tanya calon, Murai Batu tak rasa Pak Nil mempunyai jawapannya. Jadi, kita tunggu dan lihatlah, siapa yang bakal jadi calon isteri Pak Nil nanti ya.

No comments:

Post a Comment